Hari ini, apa-apa kes salah laku yang kita lapor, kita tidak boleh datang kepada pihak atasan dengan tangan kosong. Kita mesti ada sistem sokongan daripada rakyat. Harapkan pihak atasan? Mereka lebih jahat.
Ini adalah beberapa bukti saksi dan pemberi maklumat “dihukum” apabila mereka mendedahkan salah laku dan rasuah pegawai korup.
Ain Husniza dan Lalitha mendapat sokongan penuh rakyat Malaysia. Kekuatan ini yang diperlukan daripada rakyat sekarang. Perjuangan rakyat mesti disambut dengan keberanian dan semangat juang yang tinggi.