28
 
Jan
 
2021
 · 
Kempen

Forum Pelajar Saman Guru

Tiada.Guru x Borneo Komrad x PACOS Trust x MCCHR. Jom ajukan soalan anda agar dijawab oleh para panel semasa forum Pelajar Saman Guru pada hari Sabtu (30/1/2021) pukul lapan malam.

Salam dari team Kempen Tiada Guru. Kempen akar umbi ini terdiri daripada mangsa sebenar, whistleblower dan kumpulan aktivis. Pasukan teras kami terdiri daripada guru, ibu bapa, dan murid yang berjuang tanpa gentar bagi mengakhiri budaya guru ponteng demi pendidikan berkualiti untuk anak-anak Malaysia.

Kami ingin mengalu-alukan sokongan anda dengan menonton Forum “pelajar saman guru” secara langsung pada 30hb Januari 2021, Sabtu, 8 malam di Facebook Tiada.Guru ⤤.

Mukmin Nantang | Guru Sekolah Alternatif

Mukmin Nantang merupakan guru Sekolah Alternatif, sebuah projek pendidikan untuk kanak-kanak marginal di Sabah. Turut berperanan sebagai koordinator Borneo Komrad, beliau aktif dalam advokasi yang mengangkat isu-isu komuniti terpinggir dari aspek pendidikan, kemiskinan dan kesihatan di negeri ini khususnya. Selain itu, Mukmin juga turut menyebarkan kesedaran tentang kepentingan, peranan dan kebajikan mahasiswa serta universiti sebagai gedung ilmu yang patut kembali untuk berbakti kepada masyarakat.

Fiqah Roslan | Wakil Tiada.Guru

Fiqah Roslan memulakan kerjaya sebagai wartawan pada tahun 2015. Pengalaman sebagai wartawan telah memberi peluang kepadanya untuk menceburi advokasi, terutama yang melibatkan belia. Beliau turut terlibat dengan kempen Undi Sabah untuk memperkasakan belia melalui demokrasi. Terkini, dia merupakan wakil kempen Tiada.Guru untuk pendidikan bersih dan mempertahankan hak pelajar kepada pendidikan berkualiti.

Firdaus Husni | Aktivis Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR)

Firdaus Husni merupakan Ketua Strategi Hak Asasi Manusia di Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR). Beliau sebelum ini merupakan seorang peguam dan juga ahli Majlis Peguam, di mana beliau dilantik Pengerusi Jawatankuasa undang-undang Perlembagaan, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia dan Timbalan Pengerusi Pasukan Petugas Badan Peguam Malaysia berkenaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Pada tahun 2016, beliau menerima anugerah Women of the Future atas sumbangan beliau dalam pendidikan kewarganegaraan serta pemerkasaan Perlembagaan Perlembagaan dan hak asasi manusia. Pada tahun 2017, beliau dianugerahkan Biasiswa Chevening Award dan seterusnya memperoleh ijazah LLM, dengan pengkhususan dalam hak asasi manusia, di SOAS, United Kingdom.

Video Teaser — jom, tanya soalan!

Video Forum

Tiada.Guru

“Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.”

Kota Kinabalu, Sabah | Haydn Golden ⤤ di Unsplash ⤤