Di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah

Kempen
Tiada.Guru

Pada 2015, Siti Nafirah berada di Tingkatan 4 di SMK Taun Gusi di Kota Belud, Sabah: salah satu daripada sepuluh daerah termiskin di Malaysia.

Pada 2018, beliau telah menyaman tujuh pihak, daripada bekas gurunya sehingga Kerajaan Persekutuan. Tuntutan Mahkamahnya mendedahkan seorang guru Bahasa Inggeris yang tidak hadir berbulan-bulan, ugutan, senarai saksi, rekod palsu, dan 'cover-up' sistematik.

Pada 2020, tiga lagi pelajar SMK Taun Gusi—Calvina, Rusiah dan Nur Natasha—menyertai Siti Nafirah dan memfailkan saman Mahkamah Tinggi yang serupa.

Pemberi maklumat Kementerian Pendidikan mengasaskan Kempen ini: sudah tiba masanya untuk pendidikan bersih.

Terkini dari Kempen

Baca Semua

Daripada semua Plaintif

Baca kenyataan media oleh semua Plaintif.
Telah dapat kebenaran daripada peguam mereka.

Budaya takut melindungi salah laku KPM mesti dihentikan.

Apakah Tiada.Guru?

  • Diasaskan oleh pemberi maklumat guru KPM
  • Tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik
  • Dibina atas prinsip keadilan & kesaksamaan
  • Bermula di Sabah
  • Anti rasuah & anti salah laku Kementerian
  • Nekad & komited: litigasi sebagai langkah pertama

Rancangannya mudah sahaja.

1.
Mengalahkan Kementerian Pendidikan dalam dua perbicaraan Mahkamah Tinggi.
2.
Mendedahkan salah laku, rasuah, dan penipuan Kementerian Pendidikan.
3.
Tamatkan budaya ketakutan  dan memulakan pendidikan pembebasan.
Identiti pemberi maklumat KPM kami dilindungi.

Siapa wakil Tiada.Guru?

Fiqah Roslan

Sharmila Sekaran

Sharmila Sekaran adalah peguam litigasi kanan, peguam bela kanak-kanak, dan pengasas & Penasihat bersama “Voice of the Children”. Sebagai seorang peguam, Sharmila merupakan salah seorang aktivis kanak-kanak paling berdedikasi di Malaysia. Terbaharu, Sharmila ditemuramah oleh Astro Awani bagi kupasan isu tentang guru ponteng selain muncul di Malaysiakini, Malay Mail, Free Malaysia Today, Sky News, Washington Post, dan banyak lagi. Sharmila bertindak sebagai Pengarah Tiada.Guru di Semenanjung Malaysia.

Sebagai anak Sabah, Fiqah Roslan berminat dalam bidang pemerkasaan sivik dan hak asasi manusia. Melalui kempen Tiada.Guru, dia memperjuangkan pendidikan bebas rasuah dan berkualiti. Kerja-kerja advokasi lain termasuk menyokong pemerkasaan diri belia melalui demokrasi, bersama organisasi Undi Sabah dan Belia di Bawah Bayu. Latar belakangnya sebagai wartawan juga membawa kepada terasasnya platform Borneo Speaks sebagai media alternatif yang menceritakan realiti-realiti Borneo berfokuskan komuniti Sabah.

Plaintif Mahkamah Tinggi 2018

Siti Nafirah binti Siman

Bagaimana ia bermula: Siti Nafirah tinggal di Kampung Jawi-jawi di Kota Belud, Sabah.

Daripada lima beradik, Siti Nafirah ialah anak bongsu dan anak perempuan tunggal. Dibesarkan oleh ibunya, bapa Siti Nafirah meninggal dunia ketika berusia 7 tahun.

Baca ucapan dia
Plaintif Mahkamah Tinggi 2020

Rusiah binti Sabdarin

Plaintif 2020 pertama, Rusiah tinggal di Kampung Taun Gusi II di Kota Belud, Sabah.

Pada 2017, Rusiah merupakan ketua kelas yang bertanggungjawab ke atas buku kehadiran guru. Rusiah empat adik-beradiknya telah dibesarkan sendiri oleh bapa.

Baca ucapan dia
Plaintif Mahkamah Tinggi 2020

Nur Natasha Allisya binti Hamali

Nur Natasha berjuang untuk "semua murid yang mengalaminya terutamanya di Kota Belud, Sabah."

Nur Natasha merupakan bekas Pengawas SMK Taun Gusi. Ayahnya merupakan bekas anggota polis yang kini menjadi imam dan ibunya suri rumah. Dia menpunyai empat adik-beradik.

Baca ucapan dia
Plaintif Mahkamah Tinggi 2020

Calvina binti Angayung

Dilahirkan di Pitas, Sabah, Calvina kini menetap di Kampung Rampayan Laut di Kota Belud, Sabah.

Anak kepada seorang nelayan, Calvina merupakan bekas Ketua Pengawas SMK Taun Gusi. Calvina menjadi anak pertama dalam keluarganya yang memasuki universiti.

Baca ucapan dia
Akan datang

Dokumentari Menjadi Revolusi

Kempen Tiada.Guru berbesar hati untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Perfileman Sosial Malaysia dan Goethe-Institut Malaysia untuk membawa perubahan yang belum pernah berlaku sebelum ini ke Kota Belud, Sabah; litigasi kepentingan awam Mahkamah Tinggi ini; dan sistem pendidikan & keadilan rosak di Malaysia yang tidak boleh dibiarkan.
Hubungi Kami.

Melalui borang


Semua ruangan diperlukan.

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

 

Melalui emel


Sila e-mel kepada kami di contact@tiada.guru.

Nota: emel tanpa nama dihapuskan secara automatik untuk mengurangkan spam. Minta maaf. Sila hubungi kami secara sosial media di bawah.

Melalui media sosial


Twitter

Jumpa kami, dengan DM buka, di @tiadaguru di Twitter.

Facebook
Jumpa kami di @officialtiadaguru di Facebook.

Instagram
Jumpa kami di @tiada.guru di Instagram.

TikTok
Jumpa kami di @tiadaguru di TikTok.

YouTube
Jumpa kami di The Tiada Guru Campaign di YouTube.