Daripada Siti Nafirah binti Siman (Plaintif 2018) dan Rusiah binti Sabdarin, Nur Natasha Allisya binti Hamali, dan Calvina binti Angayung (Plaintif 2020) telah mendapat kelulusan oleh Messrs Roxana & Co. No. Kes-Kes Mahkamah Tinggi BKI-2NCvC-101/10-2018 ⤤ dan BKI-22NCvC-88/11-2020 ⤤
5 Mei 2021
Pada 22 Disember 2020, Plaintif Mahkamah Tinggi Rusiah binti Sabdarin (19 tahun), Nur Natasha Allisya binti Hamali (19 tahun), dan Calvina binti Angayung (19 tahun) memfailkan Saman Mahkamah Tinggi terhadap Lima Defendan berikut:
Hari ini, selepas lebih daripada 130 hari, para Defendan masih belum memfailkan Pembelaan di Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak dalam prosiding BKI-22NCvC-88/11-2020 ⤤. Semua Defendan diwakili oleh Jabatan Peguam Negara.
Selepas Writ Saman dikeluarkan terhadap Defendan dan Defendan telah memasukkan kehadiran mereka, Defendan mempunyai 14 hari untuk memfailkan Pembelaan mereka di bawah O. 18 r. 2 (Kaedah-kaedah Mahkamah 2012). Kemas kini terakhir dalam portal Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak berkenaan kes ini melaporkan,
e-Review yang TERAKHIR untuk Defendan memfailkan Pembelaan ditetapkan pada 4.6.2021.
— Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak pada 20 April 2021 (diterjemahkan)
FINAL e-Review for the Defendants to file Defence is fixed on 4.6.2021.
— High Court of Sabah & Sarawak on 20 April 2021
Para Plaintiff, Rusiah, Natasha dan Calvina, ketiga-tiga bersekolah dan tinggal di Kota Belud, berasa yakin untuk meneruskan perbicaraan penuh yang terbuka terhadap para Defendan, demi mempertahankan hak mereka yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kes ini merupakan kes mahkamah yang kedua terhadap para Defendan berkaitan isu-isu yang serupa (rujuk kes BKI-22NCvC-101/10-2018 ⤤ oleh Siti Nafirah binti Siman, yang juga berasal dari Kota Belud, Sabah).
Maklumat susulan berkenaan kes mahkamah ini akan diberikan mengikut keperluan.
Sebagaimana yang dilaporkan ⤤ oleh Portal Rasmi Mahkamah Tinggi di Sabah & Sarawak.
22 Disember 2020
Dua Kes Litigasi Mahkamah Tinggi: Kes Litigasi Mahkamah Tinggi 2018 yang difailkan oleh seorang Plaintif dikenali sebagai “litigasi 2018” (kes berlaku pada tahun 2015; litigasi pada tahun 2018). Litigasi Mahkamah Tinggi hari ini yang difailkan oleh tiga Plaintif adalah “litigasi 2020” (kes berlaku pada tahun 2017; litigasi pada tahun 2020). Ini adalah dua prosiding undang-undang dengan tahun persekolahan yang berbeza, kelas yang berbeza, hakim yang berbeza, bukti yang berbeza, dan perbicaraan yang berasingan.
Perkembangan Terkini Litigasi Mahkamah Tinggi 2018: Perbicaraan Kes Berkepentingan awam di Mahkamah Tinggi hari ini difailkan sekali lagi oleh Tetuan Roxana & Co., sebuah firma Kota Kinabalu, Sabah. Firma itu terus berjaya mempertahankan Plaintif 2018, Siti Nafirah binti Siman, dan samannya pada 2018 dan kini menanti perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Setakat ini, Siti Nafirah telah mengalahkan Kerajaan Persekutuan berkali-kali termasuk Penemuan dan menolak Permohonan Pembatalan Kes. Perbicaraan Mahkamah Tinggi bagi kes 2015 ditangguhkan dua kali akibat pandemik COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan; tarikh perbicaraan baru akan ditetapkan nanti.
KOTA BELUD, Malaysia — Tiga bekas pelajar Sabah telah memfailkan kes tuntutan mahkamah terhadap lima Defendan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Mereka mendakwa bahawa Defendan ke-1 tidak masuk kelas selama berbulan-bulan pada tahun 2017, dengan dakwaan selepas bulan Julai, guru tersebut tidak lagi pernah masuk kelas. Plaintif mendakwa mereka telah berulang kali berjumpa dengan Defendan Pertama, tetapi dia menolak untuk masuk kelas. Selanjutnya, ketiga-tiga wanita tersebut turut menyaman Defendan ke-2, ke-3, ke-4 dan ke-5 kerana gagal mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki ketidakhadiran guru tersebut selama berbulan-bulan sekaligus melanggar tugas berkanun sepertimana dinyatakan dalam undang-undang paling kritikal di Malaysia: Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Pendidikan, dan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Defendan:
Defendan ke-1 dan ke-2 dinamakan dan oleh itu mesti terus mempertahankan diri mereka walaupun selepas pertukaran, persaraan, dan / atau pemecatan oleh Defendan atasan mereka.
Ketiga-tiga Plaintif adalah kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun pada masa kejadian pada tahun 2017. Daerah mereka, Kota Belud, Sabah, adalah salah satu daerah termiskin di Malaysia: lebih daripada 1 dari 3 hidup dalam kemiskinan mutlak sementara daerah ini mencatat kadar ketaksamaan ke-7 tertinggi di negara ini. Proses litigasi ini berasal dari kampung;ia datang dari anak perempuan Sabah dan harapan Sabah.
Plaintif Pertama ialah Rusiah binti Sabdarin. Rusiah dilahirkan di Kota Belud, Sabah, pada tahun 2001 dan tinggal di Kampung Taun Gusi II di Batu Empat. Dia adalah anak bongsu dari lima adikberadik. Ketika berusia tiga tahun, ibu bapanya berpisah. Sebagai bapa tunggal, ayah Rusiah telah membesarkan lima anaknya melalui pekerjaannya sebagai peniaga ayam; dia berdoa suatu hari Rusiah akan mendapat pendidikan yang baik agar dapat mengubah taraf hidup keluarga mereka suatu hari nanti. Rusiah belajar di SMK Taun Gusi dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5; dia berumur 16 tahun semasa kesalahan yang didakwa oleh Defendan 2017. Rusiah adalah Ketua Kelas Sains Sukan Tingkatan 4.
Plaintif Kedua ialah Nur Natasha Allisya binti Hamali. Natasha dilahirkan di Hospital Ampuan Rahimah, Selangor pada tahun 2001; keluarganya berpindah ke Kota Belud, Sabah, ketika Natasha berumur 9 tahun. Natasha mempunyai dua orang abang lelaki dan seorang adik perempuan. Dari latar belakang yang sederhana dan keluarga miskin, ibu bapa Natasha mengorbankan hidup mereka selama puluhan tahun, termasuk yuran persekolahan selama bertahun-tahun, sehingga anak-anak mereka mendapat peluang lebih baik daripada mereka. Ayah Natasha adalah imam sementara, sementara ibunya ialah surirumah. Natasha bersekolah di SMK Taun Gusi dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5; dia berumur 16 tahun semasa kesalahan yang didakwa oleh Defendan 2017. Natasha adalah seorang Pengawas SMK Taun Gusi.
Plaintif Ketiga ialah Calvina binti Angayung. Dilahirkan di Kampung Nibang, Pitas pada tahun 2001, Calvina berpindah ke Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, ketika berusia 6 tahun. Ibu Calvina adalah suri rumah dan ayahnya adalah nelayan. Kedua ibu bapa Calvina berjuang untuk bertahan dan membesarkan anak-anak mereka: “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.” Calvina belajar di SK Nanamun dari tahun 1 hingga tahun 6. Kemudian, Calvina belajar di SMK Taun Gusi dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5; dia berusia 16 tahun semasa kesalahan yang dituduh oleh Defendan 2017. Calvina adalah Ketua Pengawas SMK Taun Gusi.
Keluarga pelajar-pelajar ini, seperti banyak yang lain, menghabiskan beberapa generasi berharap untuk menunggu peluang yang lebih baik. Pendidikan adalah satu-satunya jalan keluar dari lingkaran kemiskinan bagi ribuan keluarga Malaysia: mereka terus berharap dan mereka terus menunggu. Hari ini, litigasi kepentingan awam ini menetapkan standard baru untuk normal baru: integriti dan perlindungan hak untuk pendidikan berkualiti adalah satu-satunya jalan ke hadapan. Jika penjawat awam menafikan hak pendidikan berkualiti dan tidak berintegriti, bukankah itu bermakna mereka tidak bertanggungjawab dan telah ingkar dengan tugas walaupun mereka sendiri telah mendapat manfaat daripada hak yang dipenuhi untuk pendidikan berkualiti. “Sekiranya orang pekak mendengar, suaranya mesti sangat kuat.”
KOTA BELUD, Malaysia | 22 Disember 2020
Pengenalan
775 hari sudah berlalu. Suatu revolusi telah bermula di Malaysia di salah satu tempat yang paling tidak dijangka: Kampung Taun Gusi di Kota Belud, Sabah.
Seorang gadis berusia 18 tahun Siti Nafirah binti Siman, anak jati Kota Belud, memfailkan saman Mahkamah. Bukan saman biasa, tetapi saman Mahkamah Tinggi terhadap guru Bahasa Inggeris Tingkatan 4 dengan dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan pada tahun 2015. Siti Nafirah berkata, “Saya mewakili generasi pelajar menyeru kepada semua pelajar di Malaysia agar berani mempertahankan hak pendidikan mereka tanpa rasa takut dan gentar.” Dia berkata lagi, “Hari ini, saya bangkit mengangkat suara generasi kami yang didiamkan selama ini. - Teachers lose nothing if they don’t teach; students lose everything if they don’t learn.”
Saman Siti Nafirah tidak hanya pada guru tersebut. Samannya memperjuangkan untuk deklarasi untuk contoh guaman, yang berguna untuk pelajar lain bagi kes-kes di masa depan. Dia tahu pengetua dan Kementerian gagal mendisiplinkan guru tersebut: oleh itu, Siti Nafirah menyaman pengetua sekolahnya yang bukan sahaja didakwa mengugut mereka sekelas, malah mengarahkan guru Bahasa Inggeris palsukan rekod kehadiran. Selain itu, Siti Nafirah juga turut menyaman Pendidikan Daerah Kota Belud, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Pendidikan, dan Kerajaan Persekutuan—termasuk Perdana Menteri.
Di Kota Belud dan banyak daerah di Sabah dan Malaysia, ramai akan memberitahu, “Terima realiti—keadilan mustahil untuk kamu. Kamu orang susah dan mereka sangat berkuasa. Lupakan sahaja—terima saja. Kita tidak boleh buat apa-apa. Jangan menyusahkan hidup kamu.” Pengikut orang korup akan menjerit itu dengan kuat—mereka mahu memastikan orang biasa tidak memiliki harapan.
Siti Nafirah sudah tiga kali mengalahkan Defendan di Mahkamah Tinggi: gadis Kota Belud ini mengalahkan Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Tinggi. Pada kenyataannya, budaya itu bukan “realiti”. Realiti sebenar ialah masyarakat merahsiakan masalah sehingga melarat: Siti Nafirahialah percikan api untuk membakar semangat perjuangan.
Perbicaraan Mahkamah Tingginya akan datang segera setelah CMCO dicabut. Bagaimana saya tahu banyak mengenai Siti Nafirah? Kerana guru Bahasa Inggeris yang sama juga ditugaskan kepada saya, dua tahun selepasnya.
Rusiah binti Sabdarin
Kes guru ponteng merupakan kes yang sudah lama berlaku tetapi jarang diketengahkan dalam kalangan masyarakat. Saya sendiri mengalami peristiwa ini. Saya tahun kes ini bukan hanya diSabah malahan di seluruh Malaysia.
Di sekolah saya, semasa saya berada di tingkatan 4 pada tahun 2017, seorang guru dengan sewenang-wenangnya tidak masuk ke kelas kami tanpa alasan yang munasabah. Beliau masuk ke kelas pada mulanya tetapi lama kelamaan beliau langsung tidak masuk ke kelas selama berbulan-bulan lamanya dan mengabaikan hak pendidikan yang sewajarnya kami dapat. Kami sudah melaporkan perkara ini kepada pengetua tetapi pengetua lebih membela guru ponteng ini daripada pelajar yang ingin mendapatkan pendidikan. Adakah pengetua sekolah lain juga bersikap sedemikian? Adakah itu dasar rasmi Kementerian Pendidikan?
Banyak masa yang telah terbuang begitu sahaja disebabkan sifat guru ini yang tidak masuk ke kelas. Guru ini sanggup membiarkan kami terkapai-kapai mencari ilmu sendiri. Kami sentiasa menanti kehadiran beliau untuk masuk ke kelas tetapi beliau tetap juga tidak masuk.
Kami berharap sekiranya ada pelajar yang mengalami kes yang sama, bangkitlah. Beranikan diri anda untuk memperjuangkan hak pendidikan kita. Jangan pernah biarkan ketakutan menguasai diri anda. Sama-sama kita menegakkan keadilan untuk generasi yang akan datang. Kalau bukan sekarang, bila lagi kita akan maju ke hadapan.
Nur Natasha Allisya binti Hamali
Budaya guru ponteng sangat memalukan sistem pendidikan negara ini. Ia telah mencuri hak pendidikan saya dan semua murid yang mengalaminya terutamanya di Kota Belud, Sabah. Budaya ini terus terjadi tanpa dikawal oleh guru besar dan Kementerian Pendidikan. Isu ini sudah terlalu biasa di dengar tetapi yg menjadi luar biasa ialah peraturan yang ada tidak digunakan untuk mendisplinkan guru-guru ponteng mengajar.
Di sekolah saya, saya mendapati pemantauan amat kurang khususnya bagi keberadaan guru di dalam kelas. Apabila tiada guru masuk kelas untuk mengajar, gejala sosial di kalangan pelajar meningkat seperti merokok, bergaduh, ponteng kelas dan lain-lain. Disebabkan saya seorang pengawas sekolah, saya nampak kesan itu sangat jelas apabila saya sedang bertugas.
Semasa di Tingkatan 4 tahun 2017, guru BI kami tidak hadir dalam jangka masa panjang. Guru ini hadir ke sekolah tapi memberi pelbagai alasan tidak masuk kelas. Lama kelamaan, saya mula merasakan minat dan konsentrasi belajar semakin kurang—sebab tiada pengajaran. Apabila peperiksaan semakin hampir, saya mula rasa tertekan kerana saya tahu, saya memang tidak pandai belajar sendiri dan oleh itu saya amat perlu bimbingan guru. Akibatnya, hampir kesemua kami dalam kelas telah gagal BI dalam peperiksaan 2017 termasuk saya sendiri.
Di saat kami tiada guru dalam kelas, rakan-rakan kami di kelas hadapan terus fokus belajar kerana mereka sahaja yang ditarget untuk cemerlang dalam peperiksaan. Pihak ibu bapa dan penjaga murid memang mengambil berat tentang permasalahan ini, tetapi malangnya masalah ini masih berlanjutan kerana tiada tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran.
Wajarkah guru sebegini diberi peluang lagi setelah bertahun tahun dia merugikan kami? Terlalu banyak masa yang telah dibuang oleh seorang guru yang tidak masuk ke kelas selama berbulan bulan, setiap tahun, tanpa ada rasa bersalah terhadap kami. Saya tertanya-tanya apakah nasib murid-murid sebelum kami? Kerana selepas apa yang berlaku kepada Siti Nafirah pada tahun 2015, terus berlaku kepada kami pula.
Kenapa pengetua membela guru yang bersalah? Kenapa pengetua tidak memikirkan perasaan kami apabila kami rasa tertekan dan takut kami akan gagal dalam peperiksaan?
Kami tahu kami—sama dengan kamu—layak mendapat pendidikan yang berkualiti. Begitu juga dengan generasi sebelum kami dan generasi akan datang. Kami mahukan keadilan untuk kami. Kami mahu mereka yang telah dicabuli hak pendidikan mereka, bersama-sama sedar dan terus bangkit dari mimpi buruk kita.
Dan saya masih berpegang kata-kata David Bekham, “Are we listening? As adults, are we humble enough? Are we smart enough to realize that in the face of every single child, we can see the future of the world? Children never stop learning. Neither should we. Children never stop asking questions and demanding more, neither should we.”
Calvina binti Angayung
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya memberikan ucapan ini. Saya Calvina binti Angayung berumur 19 tahun dan berasal dari Kota Belud.
Tidak berniat untuk menjadi seorang pahlwan untuk mengetuai perang cukuplah untuk saya menjadi insan yang mencari sebuah erti keadilan dalam perjuangan ini.
Apa yang telah kami alami ini sungguh memeritkan hati kedua orang tua kami, tenaga, wang ringgit, masa telah dipersia-siakan guru yang membiarkan kami berbulan-bulan lamanya tanpa seorang guru di dalam kelas. Perbelanjaan kami untuk ke sekolah, usaha kami untuk menimba ilmu dan kemahiran belum kami dapatkan dengan sepenuhnya disebabkan guru ini yang melepaskan tanggungjawabnya.
Kami juga merupakan generasi Siti Nafirah yang menanggung masalah yang sama, saya percaya masalah ini berlaku di banyak sekolah di Sabah, namun mereka merasa takut akan tindakan yang akan dikenakan kepada mereka. Mereka mungkin akan diremehkan atau diugut oleh guru tersebut.
Oleh itu, perjuangan ini perlu diteruskan untuk mencapai sebuah keadilan, tidak terlintas dihati untuk mengundurkan diri apa lagi menghentikan perjuangan ini, Masa yang telah berlalu tidak akan kami sia-siakan.
Apa yang lebih meningkatkan keberanian kami adalah kebersamaan kami yang memberi sokongan dalam perjuangan, tidak lupa juga kepada Siti Nafirah yang berhempas pulas dalam perjuangan ini. Harapan kami ialah perjuangan ini mampu membuka mata rakyat Malaysia tentang masalah guru ponteng.
Pengalaman tiada guru memberi kesan kepada kelas kami, keputusan peperiksaan sungguh menyedihkan seperti kami tidak pernah mempelajari subjek Bahasa Inggeris.
Saya berharap agar guru seperti mereka ini diberi pengajaran agar tiada lagi generasi kami yang akan terbabit dalam masalah ini, saya juga mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab suapaya tidak turut menyertai mereka, seandainya kami diberi peluang dalam menegakkan keadilan ini saya akan menghenti orang-orang seperti mereka untuk mendapatkan pengajaran yang sewajarnya.
Terima kasih.
Kesimpulan
Kami bukan yang pertama, tetapi kami bertekad untuk menjadi yang terakhir. Litigasi Mahkamah Tinggi ini adalah untuk semua pelajar: tidak ada sesiapa lagi harus menempuhi hak pendidikan yang dicuri.
Seperti yang mereka katakan, “Sekiranya orang pekak dapat mendengar, bunyi yang didengar mesti sangat kuat.”
Kami ingin tegaskan di sini: guru ponteng tetapi menerima gaji buta menyusahkan semua pihak. Ia menyakitkan guru-guru rajin yang berkorban untuk pelajar mereka, menyakitkan pelajar & keluarga yang berkorban untuk menikmati kehidupan yang lebih baik, menyakitkan Kementerian Pendidikan, menyakitkan kerajaan, menyusahkan perkhidmatan awam, menyakitkan negara kita, menyakitkan generasi masa depan kita, menyakitkan semua orang.
Kami mengasihi semua guru yang bekerja keras dalam mendidik dan mengajar kami. Kami sangat menghargai pengorbanan para guru kami . Kami semua layak mendapat guru yang prihatin dan berdedikasi. Semua guru tidak layak menderita sedangkan ada rakan sekerja mereka yang ponteng mengajar dan mencemarkan nama baik sistem pendidikan dan negara. Guru tidak sepatutnya dibebani oleh rakan sekerja yang ponteng mengajar.
Pendidikan berkualiti adalah satu-satunya harapan kita untuk mengakhiri kemiskinan. Ramai di Kg. Taun Gusi, dan di kampung-kampung di seluruh Sabah & Malaysia, adalah keluarga miskin. Daerah Kota Belud ialah antara daerah termiskin di Malaysia, menduduki kedudukan 134 daripada 158 daerah pentadbiran dalam pendapatan isi rumah penegah sebulan. Daripada 158, Daerah Kota Belud mempunyai tahap ketidaksamaan antara tertinggi di Malaysia: berada di kedudukan ke-152 dari 158. Seperti yang mereka katakan, “Pada kenyataannya, orang tidak lapar kerana kita tidak dapat memberi makan orang miskin. Orang lapar kerana kita tidak dapat memuaskan orang kaya.” Cukuplah: berhenti rasuah dalam Pendidikan dan hentikan salah guna kuasa dalam pendidikan.
Kes litigasi kepentingan awam Siti Nafirah binti Siman, Plaintif berumur 20 tahun, terhadap Kementerian Pendidikan dan seorang guru yang didakwa tidak masuk kelas selama tujuh bulan kini mempunyai tarikh perbicaraan yang baharu.
Perbicaraan Mahkamah Tinggi ditetapkan pada 2 – 6 November, 2020. Tarikh-tarikh sebelumnya, 4 – 6, 8 Mei, telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi disebabkan pandemik COVID-19.
Siti Nafirah sentiasa bersedia dan tetap penuh semangat untuk meneruskan perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi terhadap ketujuh-tujuh Defendan. Dakwaan Siti Nafirah yang menggemparkan termasuk misfeasans (salah guna kuasa) dalam jabatan awam, guru tidak masuk kelas selama tujuh bulan, dan pegawai-pegawai dalam Kementerian Pendidikan yang bersekongkol untuk memalsukan catatan kerajaan, bermula dari Kampung Taun Gusi sehinggalah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud dan Pejabat Pendidikan Negeri Sabah.
Siti Nafirah merupakan salah seorang Plaintif yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Kemenangannya sebanyak tiga kali atas Kerajaan Persekutuan semasa pengurusan kes prabicara telah merintis jalan bagi anak-anak muda agar tidak lagi menerima budaya takut dan berdiam diri daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai-pegawainya: 1) dia menang atas permohonan pembatalan oleh Kerajaan Persekutuan, 2) dia berjaya dalam permohonan Penzahiran selepas Kerajaan Persekutuan enggan menunjukkan bukti, dan 3) dia berjaya dalam permohonan Butir Lanjut dan Jelas terhadap Pembelaan Kerajaan Persekutuan.
Bagi kebanyakan orang, pendidikan merupakan cara terbaik untuk terlepas daripada kancah kemiskinan. Kembalikan hak murid kita untuk mendapatkan pendidikan yang wajar.
— Datin Noor Azimah Abdul Rahman, Pengerusi Persatuan Parent Action Group for Education Malaysia pada 18 April 2018 ⤤
Kota Belud merupakan salah satu daerah pentadbiran yang paling miskin di Malaysia, berada di tangga ke-134 daripada 158 daerah, dengan median pendapatan rumah tangga berjumlah RM3,025. Lebih malang lagi, Kota Belud menghadapi jurang ketaksamaan pendapatan yang ketara. Kota Belud mencatatkan Pekali Gini sebanyak 0.412 dan terletak di tangga ke-151 daripada 158 daerah, hampir di tahap tertinggi ketaksamaan pendapatan. Sumber data ini diperoleh daripada “Laporan Sosioekonomi 2019” Jabatan Statistik Malaysia yang diterbitkan pada awal bulan Ogos 2020.
Sungguhpun begitu, kes-kes salah laku melibatkan Kementerian Pendidikan terus mempengaruhi Kota Belud, Sabah, pada tahun 2020. Pertama sekali, seorang guru Bahasa Inggeris dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun ⤤ atas kesalahan mencabul seorang murid perempuan sekolah rendah berumur lapan tahun secara berulang kali di dalam bilik kelas. Ibu murid tersebut bertemu dengan guru besar sekolah rendah Kota Belud tersebut, yang kemudiannya menyiasat dan merujukkan kes itu kepada Jabatan Pendidikan Daerah Kota Belud. Ibu itu membuat laporan polis terhadap guru tersebut dan dia ditangkap di sekolah pada keesokan hari. Kedua, selepas 600 hari kes sivil ini difailkan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengaku bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan kes ketakhadiran guru besar sekolah ⤤.
Seperti yang dinyatakan Siti Nafirah semasa pemfailan kes Mahkamah Tinggi,
Saya ingin tegaskan di sini. Saya sayangkan semua guru yang bekerja keras mendidik dan mengajar kami. Saya sangat hargai pengorbanan cikgu-cikgu saya. Kami semua perlukan guru-guru yang prihatin dan berdedikasi seperti anda semua. Kekesalan saya ialah guru yang mencuri hak kami...
— Siti Nafirah, Plaintif berumur 18 tahun pada 31 Oktober 2018
Tetapi, dengan adanya guru yang menafikan hak pendidikan dan pengetua yang sanggup menipu demi menjaga reputasi diri, hak pendidikan, impian dan harapan kami dimusnahkan begitu sahaja. Di peringkat negara, saya berharap hak pendidikan setiap pelajar di seluruh Malaysia diutamakan. Jangan pernah berlaku lagi penganiayaan seperti ini. Apabila guru tidak masuk kelas, ia menghancurkan pendidikan dan masa depan kami.
— Siti Nafirah, Plaintif berumur 18 tahun pada 31 Oktober 2018
Mahkamah Tinggi mengubah tarikh-tarikh perbicaraan dari Mei ke November disebabkan pandemik COVID-19 dan langkah-langkah kawalan pergerakan yang mempengaruhi hampir kesemua kes mahkamah.
Kes litigasi kepentingan awam Siti Nafirah, Plaintif berumur 20 tahun, akan didengar tidak lama lagi, menurut catatan Mahkamah Tinggi dalam Sebutan pada hujung Disember.
Ke 21.1.2020 untuk Sebutan akan datang pada jam 9 pagi. Tarikh perbicaraan pada 4-6 & 8 Mei 2020.
— Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak pada 23 Disember 2019 (diterjemahkan)
To 21.1.2020 for further Mention at 9am. Trial dates on 4-6 & 8 May 2020.
— High Court of Sabah & Sarawak on 23 December 2019
Oleh itu, 4 Mei – 6 Mei 2020 dan 8 Mei 2020 telah ditetapkan Mahkamah Tinggi sebagai TARIKH PERBICARAAN. Mahkamah Tinggi juga telah menetapkan 21 Jan 2020 sebagai pengurusan kes prabicara yang terakhir.
Siti Nafirah menanti-nantikan dengan penuh keyakinan dan bersemangat untuk bermulanya perbicaraan di Mahkamah Tinggi, agar dia dapat membuktikan dakwaannya terhadap ketujuh-tujuh Defendan ini dan semua pegawai di bawah mereka di mahkamah undang-undang.
Litigasi kepentingan awam secara sistematik meruntuhkan tembok ketidakadilan yang dibina untuk menindas golongan lemah dalam masyarakat, dengan itu memancarkan cahaya di sudut-sudut gelap. Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang berpihak kepada Plaintif Siti Nafirah, yang menang dalam dua permohonan interlokutori Mahkamah Tinggi (Penzahiran; Butir Lanjut dan Jelas) serta mencapai hampir seluruh kemenangan apabila Mahkamah Tinggi menolak Permohonan Pembatalan oleh Defendan.
Sekolah ialah tempat untuk guru mengajar, murid belajar. Tetapi, dengan adanya guru yang menafikan hak pendidikan dan pengetua yang sanggup menipu demi menjaga reputasi diri, hak pendidikan, impian dan harapan kami dimusnahkan begitu sahaja.
...
Sudah tiba masanya untuk mengakhiri budaya ini. Saya mahu setiap sekolah memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar. Jika ada guru tidak masuk kelas, hal ini mesti diselesaikan dengan segera. Teachers lose nothing if they don’t teach; students lose everything if they don’t learn. Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.
— Siti Nafirah, Plaintif berumur 18 tahun pada 31 Oktober 2018
Dakwaan Siti Nafirah terhadap ketujuh-tujuh Defendan ini, bermula daripada sebuah sekolah tepi pantai di Kota Belud, Sabah hingga jabatan-jabatan Kementerian di Putrajaya, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) salah guna kuasa dalam jawatan awam, ketidakhadiran guru secara ekstrim, pelanggaran Perlembagaan, dan pelanggaran kewajipan statutori dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua dakwaan ini akan dipaparkan dalam perbicaraan penuh dan awam di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tarikh perbicaraan Mahkamah Tinggi sudah ditetapkan: 4 Mei – 6 Mei 2020 dan 8 Mei 2020.
Dalam kemenangan besar untuk kali kedua, Siti Nafirah binti Siman, Plaintif berumur 19 tahun, sekali lagi berjaya di Mahkamah Tinggi: Hakim Mahkamah Tinggi YA Tuan Ismail bin Brahim menolak permohonan pembatalan oleh Defendan. Namun begitu, Mahkamah Tinggi membatalkan Defendan ke-3 SMK Taun Gusi sebagai Defendan yang dinamakan.
Ketujuh-tujuh Defendan yang lain dikekalkan, termasuk (1) Jainal Jamran, guru yang didakwa tidak hadir selama tujuh bulan, (2) Hj. Suid bin Hj. Hanapi, guru besar SMK Taun Gusi, (4) Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, (5) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, (6) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, (7) Menteri Pendidikan, dan (8) Kerajaan Malaysia.
Mahkamah tidak akan membatalkan permohonan tetapi membenarkan Defendan ke-3 dibatalkan daripada menjadi salah satu Defendan. Perintah kos tidak akan dikenakan.
— Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak pada 23 Disember 2019 (diterjemahkan)
The Court will not strike out the application but however allow the 3rd Defendant to be struck out as one of the Defendant . There shall be no order as costs.
— High Court of Sabah & Sarawak Ruling on 4 September 2019
Keputusan ini menandakan bermulanya pengakhiran pengurusan kes prabicara. Pihak Defendan mempunyai masa 30 hari dari keputusan ini untuk mengemukakan rayuan terhadap penolakan permohonan pembatalan di Mahkamah Rayuan. (nota editor: tidak ada rayuan yang difailkan).
Tanpa sebarang penangguhan lagi, litigasi kepentingan awam Siti Nafirah terhadap ketidakhadiran guru secara ekstrim, pelanggaran kewajipan statutori, dan salah guna kuasa dalam jawatan awam di Kementerian Pendidikan Malaysia akan diteruskan ke perbicaraan penuh Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu, Sabah.
Merujuk kepada Julai 2019 — Laporan Terkini Mahkamah Tinggi, Pihak Defendan terpaksa akur kepada Keputusan Mahkamah Tinggi dan Perintah Mahkamah. Siti Nafirah, Plaintif, kini mempunyai bukti kerajaan daripada Penzahiran yang tidak dikemukakan secara sukarela oleh pihak Defendan kepada Mahkamah Tinggi sebelum ini dalam pengurusan kes prabicara. Begitu juga, Plaintif kini mempunyai Butir Lanjut & Jelas (Further & Better Particulars) yang dituntut daripada Defendan (daripada Keputusan Mahkamah Tinggi & Perintah Mahkamah yang sama dengan Penzahiran).
Tidak ada tarikh perbicaraan yang ditetapkan.
Dalam keputusan pertama Mahkamah Tinggi bagi kes ini—selepas empat kali sebutan Mahkamah Tinggi dan lima kali pendengaran Mahkamah Tinggi—Plaintif berumur 19 tahun, Siti Nafirah binti Siman, telah berjaya dalam kedua-dua Permohonan Interlokutori di Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak terhadap lapan (8) Defendan.
Membenarkan permohonan untuk Lampiran 19 dan Lampiran 17. Kos permohonan ialah kos mengikut kausa (costs in the cause).
— Keputusan Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak pada 18 Julai 2019 (diterjemahkan)
Allowing both applications for Enclosure 19 and Enclosure 17. The costs of the applications shall be costs in the cause.
— High Court of Sabah & Sarawak Ruling on 18 July 2019
Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi YA Tuan Ismail bin Brahim terhadap lapan Defendan:
Tidak ada tarikh perbicaraan yang ditetapkan.
30 Oktober 2018
KOTA BELUD, Malaysia — Menerusi satu kes litigasi kepentingan awam yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak, Siti Nafirah binti Siman yang berusia 18 tahun, seorang penduduk asli Kota Belud, Sabah, bangkit mempertahankan hak anak-anak yang tidak berupaya berbuat demikian agar kegagalan dari segi integriti dan sikap bertanggungjawab dalam sistem pendidikan dapat dibetulkan. Baru-baru ini Institut Penyelidikan Khazanah (Khazanah Research Institute) mengeluarkan laporan yang menunjukkan bahawa wujudnya 3 tahun pendidikan yang sia-sia di sekolah-sekolah Malaysia disebabkan kualiti pendidikan yang rendah: kes ini ialah satu lagi contoh yang mencerminkan jurang pendidikan yang semakin luas antara sekolah di Malaysia.1
Nafirah dan bekas rakan sekelasnya tinggal di salah satu daerah yang paling miskin di Malaysia. Kota Belud, sebuah kawasan pinggir laut, berada pada tangga ke-134 daripada 158 daerah dan negeri persekutuan dalam median pendapatan rumah tangga. Kota Belud juga antara daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi (15 kali daripada purata negara yang bernilai 0.4%) dan mempunyai tahap kesamaan pendapatan yang tertinggi di Sabah. 2 Bagi Nafirah dan kelasnya, SMK Taun Gusi menjadi satu-satunya harapan mereka untuk melepaskan diri daripada kitar kemiskinan.
Nafirah berumur lima belas tahun ketika peristiwa yang tercatat dalam writ ini berlaku. Bapa Nafirah meninggal dunia semasa dia berumur tujuh tahun dan sebagai anak bongsu, dia merupakan satu-satunya anak perempuan antara lima orang adik-beradik. Dia berasal dari Kg. Sembirai di Kota Belud; ketika dia berusia empat tahun, keluarganya berpindah ke Kg. Jawi-jawi, sebuah kampung yang bersebelahan dengan SMK Taun Gusi dan SK Taun Gusi, untuk tinggal berdekatan dengan sekolah di bawah jagaan neneknya.
Keluarga semua pelajar ini, termasuk keluarga Plaintif, telah berpuluh-puluh tahun membuat persiapan untuk anak-anak demi masa depan mereka yang lebih cerah. Mereka rela membuat pengorbanan besar demi secebis peluang agar kehidupan anak-anak moga-moga lebih baik daripada keadaan mereka. Dalam kisah sejarah keluarga kebanyakan orang ini, terdapatnya seseorang ahli keluarga yang menempuh segala rintangan yang mustahil diatasi sehingga mencapai kejayaan dan merintis jalan kemakmuran untuk anak cucu mereka. Bagi individu-individu yang menemui peluang sedemikian yang hanya datang sekali dalam satu generasi, selalunya pendidikanlah yang menjadi kunci. Dalam kes Plaintif kita, hak inilah yang telah dinafikan oleh pihak yang diamanatkan untuk memelihara hak pendidikan jauh melebihi kepentingan peribadi, dan untuk bertindak dengan integriti dan sikap bertanggungjawab.
Nota Kaki:
1. Khazanah Research Institute, The State of Households 2018: Different Realities, October 2018.
2. Department of Statistics Malaysia, 2016.
KOTA BELUD, Malaysia | 7 August 2019
Pada tahun 2015, saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 4 Perdagangan yang dianiayai oleh guru B.Inggeris kami yang tidak masuk kelas dari bulan Februari sehingga bulan Oktober. Saya dan kawan-kawan lain sangat tertekan pada ketika itu kerana kami takut kami akan gagal dalam peperiksaan. Kami mahu belajar. Kami sentiasa menanti kehadiran guru Bahasa Inggeris kami masuk kelas mengajar. Pernah sekali kerana terdesak, kami cuba mencari guru ganti untuk mengajar kami. Sehinggalah sebelum peperiksaan akhir tahun bermula, guru tersebut masuk kelas semula setelah berbulan-bulan kami ditinggalkan.
Hari ini, saya bangkit mengangkat suara generasi kami yang didiamkan selama ini. Saya mewakili generasi pelajar menyeru kepada semua pelajar di Malaysia agar berani mempertahankan hak pendidikan mereka tanpa rasa takut dan gentar. Sekolah ialah tempat untuk guru mengajar, murid belajar. Tetapi, dengan adanya guru yang menafikan hak pendidikan dan pengetua yang sanggup menipu demi menjaga reputasi diri, hak pendidikan, impian dan harapan kami dimusnahkan begitu sahaja. Di peringkat negara, saya berharap hak pendidikan setiap pelajar di seluruh Malaysia diutamakan. Jangan pernah berlaku lagi penganiayaan seperti ini. Apabila guru tidak masuk kelas, ia menghancurkan pendidikan dan masa depan kami.
Saya ingin tegaskan di sini. Saya sayangkan semua guru yang bekerja keras mendidik dan mengajar kami. Saya sangat hargai pengorbanan cikgu-cikgu saya. Kami semua perlukan guru-guru yang prihatin dan berdedikasi seperti anda semua. Kekesalan saya ialah guru yang mencuri hak kami, yang tidak mengajar kami dengan baik sehingga kami gagal dalam peperiksaan. Lebih memburukkan keadaan, guru ini dilindungi oleh pihak sekolah. Tidak ada tindakan dikenakan. Guru ini masih bertugas di sekolah tersebut dan masih tidak masuk kelas mengajar. Mengapa pihak sekolah mendiamkan kes ini walaupun memang jelas hak pendidikan kami dicuri? Di mana akauntabiliti semua pihak dalam kes kami? Mengapa pengetua tidak mengambil tindakan? Mengapa pihak PPD membiarkan kami? Mengapa JPN berdiam diri?
Pendidikan berkualiti adalah harapan kami untuk mengubah kemiskinan. Di SMK Taun Gusi, kebanyakan pelajar datang dari keluarga susah. Di sekolah itu juga, kebanyakan guru pernah merasai kesengsaraan dan kemiskinan semasa mereka menjadi pelajar seperti kami. Kini, mereka semua berjaya dan hidup mereka lebih senang kerana mereka menerima pendidikan yang baik. Kepada guru yang menganiayai kami, yang mencuri hak pendidikan kami, kami juga mahu belajar. Kami juga ingin berjaya dan memperbaiki kehidupan kami sekeluarga.
Sudah tiba masanya untuk mengakhiri budaya ini. Saya mahu setiap sekolah memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar. Jika ada guru tidak masuk kelas, hal ini mesti diselesaikan dengan segera. Teachers lose nothing if they don’t teach; students lose everything if they don’t learn. Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.
Tanpa guru, kami tidak boleh berjaya, kami gagal mencapai cita-cita kami. Tanpa guru, kami hilang arah, kami hilang pendidikan. Tanpa pendidikan, hidup kami hina dan tiada makna.
Demi masa depan generasi kami, apa lagi yang lebih penting daripada guru berada dalam kelas mengajar?
— Siti Nafirah binti Siman, Plaintif yang berumur 18 tahun
In the course of proceedings, parties may file various applications in court to seek various relief and orders from the court which could provide temporary relief pending disposal of the matter at trial, to assist that party in preparation of its case leading to trial or to even settle the dispute by consent.
— LexisNexis' Practical Guidance Malaysia Dispute Resolution series: "Applications—overview". Author: LexisNexis. Direct link to this source ⤤.
Interlocutory application
In the interim period, there are various applications that could be made by one party or the other to strengthen its position or weaken the other party’s position.
Otherwise one party may seek particulars of the claim or defence from the other. On other occasions, specific information may be sought through interrogatories. Yet in other cases, steps may be taken to get the other side to disclose documents.
— The Malaysian Bar Members' Opinions and Comments: "Articles of Law — long process". Author: Bhag Singh. 25 November 2008. Direct link to this source ⤤.
Documents subject to discovery
A court can order the discovery of the following documents (order 24, rule 3(1), Rules of Court 2012 (ROC)):
Discovery is ordered for relevant documents. An order for discovery is subject to the the test of "necessity". The ROC does not provide a specific period of time within which discovery must take place. This is handled through courts' directions during the case management meeting, and will depend on the volume and complexity of the documents involved.
Failure to make discovery
In the case of failure to comply with a discovery order, the court has wide discretionary powers to (order 24, rule 16, ROC):
...
Other non-disclosure situations
Confidential documents must be disclosed if they are relevant, except where such disclosure is prohibited by law. Privilege does not apply to confidential documents. The court can allow confidential documents to be redacted or produced for limited viewing.
— Thomson Reuter's Practical Law series: "Litigation and Enforcement in Malaysia : Overview ". Author: Shanti Mogan of Shearn Delamore & Co. Law stated as at 01-Nov-2015. Direct link to this source ⤤.
Request for further information—overview
There are two circumstances wherein the Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012) allows you to obtain further information from the other party to an action.
The first situation is when the other party serves on you a pleading that fails to set out their case with adequate details and clarity. The appropriate mode of discovery in such a situation is to request for further and better particulars.
The second situation is when you wish to obtain admissions of facts from the other party in order to minimise the issues to be tried and make your burden of proof easier. The proper means of discovery in such a situation is to serve interrogatories.
Request for further and better particulars
Order 18, rule 12(1) of the Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), requires the pleadings in an action to contain the necessary particulars of any claim, defence or any other matter pleaded. The case of Dato’ Seri Dr Ling Liong Sik v Krishna Kumar s/o Sivasubramaniam [2002] 2 MLJ 278 ⤤ held that the purpose of this requirement is for both parties to have a full understanding of the other party’s position so that neither party is taken by surprise at the trial.
The Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 18, r 12(5) states that request for further and better particulars will normally be made as soon as after a pleading is served. However, an order for further and better particulars will not be made before service of the defence, unless the court orders otherwise.
According to the Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 18, r 12(6), you must make a request for further and better particulars by letter before applying to the court for an order. The further and better particulars requested or ordered and supplied must be served in accordance with Form 31 as laid down by the Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 18, r 12(7).
In general, you must supply the requested particulars if the response would undoubtedly form part of your client’s pleadings. However, there may be valid reasons why you cannot or must not respond. If you object to the other party’s request, you must notify them promptly with reasons for your objection within the time frame given in the request.
If the other party fails to respond to your request within the time frame given in the request or the response is inadequate, you may apply to the court for an order for further and better particulars following the Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 18, r 12(3). The court struck out the pleadings of the party failing to comply with an order in the case of Mirzan bin Mahathir v Star Papyrus Sdn Bhd [2000] 6 MLJ 29 ⤤.
(emphasis ours)
Interrogatories
Pursuant to the Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 26, r 1(1), you may apply to the court in Form 44 for an order to serve on the other party interrogatories in relation to any matter in question. The Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 26, r 1(2) requires the application to be accompanied by a copy of the proposed interrogatories in Form 45.
The court may then make an order using Form 46 requiring the interrogated party to answer the interrogatories by affidavit in Form 47 within a specified period of time.
The court has the discretion under the Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 26, r 1(3) to allow or disallow interrogatories. The court will only allow the interrogatories if the objective is to obtain admissions of facts for disposing fairly of the cause or matter, or saving costs.
It must be noted that leave of the court is not required where the interrogatories are made before the close of pleadings as stated in the Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 26, r 2. The case of Shum Kai Cheong v See Too Woon Yee [1998] 4 MLJ 155 ⤤ confirms that interrogatories are as of right if made before the close of pleadings. However, leave of the court is a requisite condition where the interrogatories are made after the close of pleadings. The party must explain the filing of the application for interrogatories after the close of pleadings. The case of Yew Yin Lai v Teo Meng Hai & Anor [2007] 4 MLJ 703 ⤤ held that absence of any explanation for the delay is fatal to the application.
The Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 26, r 3 governs the situation where the interrogated party is a corporate or unincorporated body. Such interrogatories must be answered by an individual member or officer who is sufficiently familiar with the facts in issue. If more than one person is required to answer the interrogatories, it would be prudent to include a note at the end of the interrogatories in relation to that.
The course of action to be followed where the interrogated party answers the interrogatories insufficiently is contingent on whether the interrogatories have been served with or without an order of the court.
If the interrogated party fails to comply with an order, the court may dismiss the action or strike out the defence and enter judgment accordingly under the Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 26, r 7. In addition, the court may make an order for committal.
— Thomson Reuter's Practical Law series: "Litigation and Enforcement in Malaysia : Overview ". Author: Shanti Mogan of Shearn Delamore & Co. Law stated as at 01-Nov-2015. Direct link to this source ⤤.
The party in whose favour an order for costs is made at the conclusion of the cause or the matter in which the proceedings arise shall be entitled to his costs of the proceedings in respect of which such an order is made.
— Malaysia Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012). Direct link to this source ⤤.
A mention was given judicial consideration in the decision of Ger-Mal Sdn Bhd v Zulkifli Hassan & Anor [2001] 6 CLJ 376 where Suriyadi J said as follows:
"I need to add that even though the terminology of “mention” has no place in the Rules of the High Court 1980, courts have generally adverted to its usage not infrequently, due to its acceptability by the legal fraternity and the judicial system. In general, that word has been accepted to cover a date supplied by the court, specifically fixed to resolve certain questions, but certainly does not include a hearing date. To be more specific, a court may fix a mention date purposefully to obtain some feed back from the parties due to some reason or other, or for some other administrative reasons. In contradistinction, if a hearing date were supplied, it is universally accepted that on such a date a trial is anticipated (PP v. Ng Goh Weng[1978] 1 LNS 159; [1979] 1 MLJ 127; Chung Sow Mun v. TRR Kurup[1989] 3 MLJ cix). At that trial date there will be a final determination of the case, whereupon judgment may be given (Merlimau Pegoh Limited v. Collector of Land Revenue Jasin[1969] 248; Koperasi Serbaguna Cuepecs Tanggungan Bhd v. City Investments Sdn Bhd[1983] 1 LNS 13; [1983] 2 MLJ 33)."
— LoyarBurok: "Of Mentions and Mentioning on Behalf". Author: Fahri Azzat. 28 November 2008. Direct link to this source ⤤.
What Is a Court Mention?
For civil matters, this is typically a time allocated to the parties attending for the purposes of furthering the matter. Time spent appearing at a Court mention usually involves putting in place a timetable for the remainder of proceedings for parties to follow and abide by. It may also involve the following:
— Lawpath: "Blog: What is a Court Mention?". Author: Paul Taylor. 11 June 2019. Direct link to this source ⤤.
A mention of a case is the early part of the court’s due process to ensure all necessary documents and evidence are submitted.
— The Star Online: "Lim's case going for mention?". Author: Arnold Loh. 29 September 2016. Direct link to this source ⤤.
Hearing of application
Generally, interlocutory applications will be heard by a judge in chambers unless otherwise provided in the Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 32, r 11(1), any written law, practice directions or on the direction of the judge.
An application may also be heard by a registrar who is given the same powers as a judge in such applications under the Rules of Court 2012 (P.U. (A) 205/2012), O 32, r 9.
Prior to the hearing, it is good practice for parties to exhaust all affidavits and file their respective written submissions. During the hearing, parties may take the court through their submissions or highlight salient points therein. They may also make further oral arguments and reply to arguments put forward by the other party.
At the conclusion of the hearing, the court will either deliver its decision and make the necessary orders or adjourn to another date for decision.
— LexisNexis' Practical Guidance Malaysia Dispute Resolution series: "Applications—overview". Author: LexisNexis. Direct link to this source ⤤.