Kes-kes mahkamah tinggi

Baca artikel oleh wartawan Malaysia dan antarabangsa yang terkemuka sambil mereka membongkar kes kepentingan awam Mahkamah Tinggi Siti Nafirah 18 tahun terhadap ketidakhadiran guru ponteng.

Inilah masa keadilan.

LATAR BELAKANG

Ini adalah kisah sebuah perjuangan menuntut hak pendidikan oleh Siti Nafirah binti Siman, 18 tahun.

Pada akhir tahun 2018, Siti Nafirah telah memfailkan kes litigasi awam di Mahkamah Tinggi Sabah dengan saman terhadap tujuh Defendan bermula daripada guru terbabit sehingga Kerajaan Malaysia. Kenyataan tuntutan saman tersebut memperincikan kes guru tidak masuk kelas mengajar selama tujuh bulan. Kes ini dipercayai telah disembunyikan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia biarpun pelbagai aduan dan laporan telah dikemukakan.

Siti Nafirah tidak menoleh ke belakang lagi.

Sertai kami dalam perjuangan berliku menuntut keadilan dalam pendidikan.

Bagaimana seorang wanita Sabah 18 tahun akan mengalahkan Kerajaan Persekutuan demi keadilan untuk semua:

Menghantar Saman di Mahkamah Tinggi

Berjaya dalam Permohonan Penzahiran

Berjaya dalam Permohonan Butir Lanjut dan Jelas

Mengalahkan Permohonan Pembatalan Kes Mahkamah Tinggi oleh Kerajaan Persekutuan

Kemenangan Kes Mahkamah Tinggi akan menjadi contoh dalam sejarah perundangan negara bagi:

hak ke atas pendidikan berkualiti

kampung-kampung

menamatkan mitos "golongan elit sentiasa ambil peduli akan rakyat biasa"

hak manusia

perkhidmatan awam bersih & jujur

rakyat biasa memiliki harapan yang kuat untuk keadilan ditegakkan

BELAJAR LAGI & SOKONG

“Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.”