undang-undang

Undang-undang lupakan mereka dan mereka "lupakan" undang-undang. Fahami undang-undang Malaysia yang (sepatutnya) menghentikan ketidakhadiran guru ponteng.

Jadilah aktivis kanak-kanak celik apabila anda menyertai kempen Tiada.Guru.

Peraturan-
Peraturan
Pegawai Awam
(Kelakuan &
Tatatertib)
1993

AKTA
395

Dipetik daripada “Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993"
...

BAHAGIAN IA

KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN

Kewajipan mematuhi Peraturan


3A
(1) Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang pegawai boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan ini.
...

BAHAGIAN IB

TUGAS KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB

Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib


3C  (1) Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan - Peraturan ini.

(2) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana Peraturan - Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
...

BAHAGIAN III

KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI

Tidak hadir untuk bertugas


23 Dalam Bahagian ini “tidak hadir”, berhubung dengan seseorang pegawai, termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

Tindakan tatatertib kerana tidak hadir tanpa cuti


24  Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib.

Prosedur dalam hal ketidakhadiran tanpa cuti


25  (1) Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, Ketua Jabatannya hendaklah, seberapa segera yang mungkin, melaporkan hakikat itu berserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya berkenaan dengan ketidakhadiran itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

(2) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan laporan Ketua Jabatan di bawah subperaturan (1), memulakan tindakan tatatertib terhadap pegawai itu.

panduan
mengurus
pegawai
tidak
hadir
bertugas

Tindakan awal perlu diambil oleh Ketua Jabatan atau penyelia dengan memantau pegawai bawahan masing-masing dan menegur atau memberi nasihat supaya pegawai sentiasa mematuhi waktu bekerja. Jika teguran dan nasihat telah diberi oleh Ketua Jabatan/Penyelia, namun pegawai masih mengulangi kesalahan yang sama maka tindakan melaporkan dengan kadar segera kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan mengikut kategori yang bersesuaian sebagaimana panduan ini.
Kerajaan amat serius dalam menangani kes pegawai tidak hadir bertugas dan satu panduan khusus disediakan bagi memastikan Ketua Jabatan mengambil tindakan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya supaya kes tidak berulang.
Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai yang gagal menjalankan kawalan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakannya tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Tindakan yang efektif oleh Ketua Jabatan diharap dapat memberi kesan segera kepada salah laku ketidakhadiran bertugas dan seterusnya membendung masalah ini.

AKTA
SPRM
2009

AKTA
694

Dipetik daripada “SPRM_akta_BM" , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ⤤
“suapan” ertinya—
(a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

(b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

(c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

(d) apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

(e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

(f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

(g) apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f);
...

BAHAGIAN IV

KESALAHAN DAN PENALTI

Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

23. (1) Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan.

   (2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai badan awam hendaklah dianggap, sehingga akasnya dibuktikan, telah menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, apabila dia membuat apa-apa keputusan, atau mengambil apa-apa tindakan, berhubungan dengan apa-apa perkara yang mengenainya pegawai itu, atau mana-mana saudara atau sekutunya, mempunyai kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

...

Kewajipan untukmelaporkan transaksi penyogokan

25. (1) Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.
(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

...
Percubaan, persediaan, persubahatan dan komplot jenayah boleh dihukum sebagaimana kesalahan

28.
(1) Mana-mana orang yang—

(a) cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

(b) melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan kesalahan atau untuk membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau

(c) bersubahat, atau terlibat dalam komplot jenayah, untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini,

melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
   (2) Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengandungi sebutan mengenai sesuatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan khusus Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubungan dengan kesalahan di bawah peruntukan khusus itu.

(3) Perenggan (1)(a) tidaklah terpakai jika suatu percubaan untuk melakukan apa-apa perbuatan dijadikan dengan nyata suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan perenggan (1)(c) tidaklah terpakai bagi kes sesuatu persubahatan suatu kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 164 Kanun Keseksaan.

SURAT
AKU
JANJI

UNTUK
PEGAWAI
AWAM

Saya, ………………

No. Kad Pengenalan ………………

beralamat di ………………

dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bahawa saya—


(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;

(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;

(iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;

(iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya;

(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kebergunaan saya sebagai pegawai;

(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai bagi faedah diri saya sendiri;

(vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;

(viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai lain yang berhubungan dengan perkhidmatan awam; dan

(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

………………
(Tandatangan Pegawai)

………………
(Jawatan Pegawai)

Di hadapan saya,

………………
(Tandatangan Ketua Jabatan)

………………
(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)

………………
(Tarikh)

………………
(Cap Rasmi Jabatan)

AKTA
PENDIDIKAN
1996

AKTA
550

Depetik daripada “Act 550", Polisas
BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa:

DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat:

DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik:

DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia:

...

BAHAGIAN XIIII

KESALAHAN DAN PENALTI

134. Kesalahan dan penalti berhubungan dengan Nazir.

Seseorang yang—

(a) menghalang atau menggendalakan Ketua Nazir atau Nazir Sekolah dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 121;

(b) enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat, dengan melanggar subperenggan 121(b)(ii); atau

(c) memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam apa-apa perkara yang material atau yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percayai adalah benar,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

AKTA
KANAK-KANAK
2001

AKTA
611

Depetik daripada “Akta Kanak-Kanak 2001", Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
MENGIKTIRAF bahawa wawasan negara sebagai negara maju sepenuhnya ialah suatu negara di mana keadilan sosial dan pembangunan moral, etika dan rohani sama pentingnya dengan kemajuan ekonomi dalam mewujudkan suatu masyarakat malaysia madani yang bersatu padu, progresif, damai, penyayang, adil dan berperikemanusiaan:

MENGIKTIRAF bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat sedemikian tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat itu:

MENGAKUI bahawa seseorang kanak-kanak, oleh sebab ketidakmatangannya dari segi fizikal, mental dan emosinya, memerlukan pelindungan, pemeliharaan dan bantuan khas, selepas kelahiran, untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara positif ke arah membentuk suatu masyarakat malaysia madani yang unggul:

MENGIKTIRAF bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan, seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain:
...

BAB 3

KESALAHAN BERHUBUNG DENGAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK

Penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak

31.
(1) Mana-mana orang, yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak—

(a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; atau

(b) yang menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai sedemikian,

commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.