20
 
Mei
 
2020
 · 
Kempen

Cerita Kami

Dekad ketidakadilan akan berakhir. Kebenaran akan berlaku kerana kami telah memastikan mereka kehabisan tempat untuk bersembunyi.

🔥 Tiada.Guru menyokong keadilan bagi kes saman murid terhadap gurunya yang tidak masuk kelas mengajar selama tujuh bulan. Isu guru tidak masuk kelas sememangnya biasa didengari oleh kita semua terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar. Isu ini mungkin dilihat kecil tetapi sudah menjadi budaya negatif kepada semua.

🔎 Tiada.Guru hanya memfokuskan kepada ketidakhadiran ekstrim guru selama berminggu-minggu dan berbulan-bulan dalam kelas. Bayangkan pelajar yang tidak belajar berbulan-bulan sedangkan datang ke sekolah setiap hari. Bayangkan guru lain yang berhempas pulas mengajar dan membuat kelas tambahan  semata-mata menggantikan kelas-kelas yang ditinggalkan oleh guru mereka sebelum itu sedangkan guru ponteng tetap menikmati gaji mereka setiap bulan. Bayangkan jika keadaan ini berlaku bertahun-tahun lamanya. Berapa generasi lagi yang akan ditindas dan didiamkan tanpa keadilan?

💰 Apabila guru ponteng berbulan-bulan lamanya, ia suatu kerugian kepada semua pihak. Carilah jika ada organisasi di dunia ini yang menggaji pekerja yang ponteng kerja. Adakah anda akan menjadi majikan yang menggaji pekerja yang hanya merugikan anda?

🎭 Tiada guru dalam kelas perlu diselesaikan secara tuntas. Hanya akauntabiliti penyelesaian kepada isu ini. Sekadar memindahkan guru-guru ini ke sekolah lain merupakan ketidakadilan yang “dihalalkan” dengan mengatakan “kes selesai”. Di manakah keadilan kepada murid yang digagalkan?

👀 Kementerian Pendidikan boleh memilih samada memperkasakan integriti warga pendidik atau menolak realiti isu ini dengan mendiamkan murid dan guru yang ditindas. Sesungguhnya, baik buruk sesebuah legasi itu bermula apabila ia berhadapan dengan krisis integriti. Kedua-duanya akan diingati selamanya.

Tiada.Guru

“Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.”

Pulau Sapi, Sabah | Fahrul Azmi ⤤ di Unsplash ⤤