Apakah yang berlaku apabila guru-guru tidak mengajar selama berbulan-bulan dalam komuniti miskin dan/atau pedalaman? Bagi mereka yang tidak pernah mengalami pengalaman bilik darjah tanpa guru untuk berbulan-bulan lamanya di bawah Kementerian Pendidikan, kami menawarkan panduan menyeluruh mengenainya.
Ketidakhadiran guru yang melampau (diukur dalam bulan, bukan jam atau hari) telah menjadi suatu bencana yang berdekad lamanya⤤ bagi dasar kerajaan, iaitu anti-rasuah/korupsi dan pendidikan.
Malaysia mengamalkan kurikulum sekolah rendah dan menengah yang berfokuskan peperiksaan dan mempunyai kekangan masa. Namun, ketidakhadiran guru yang melampau masih berterusan: suatu pelanggaran dalam bahagian Perlembagaan.
Ketidakhadiran guru yang melampau telah dibiarkan dan tidak dikawal ⤤, salah laku dahsyat yang dilakukan oleh penjawat awam kanan yang korup yang menyasarkan kanak-kanak dari keluarga miskin, pedalaman, dan/atau sebaliknya dari keluarga yang tidak berpengaruh.
Ia sama seperti apa yang dinyatakan: pada satu masa selama berbulan-bulan, pelajar memasuki bilik darjah yang sifar guru: tiada guru mata pelajaran dan tiada guru ganti. Pendidikan mereka musnah kerana kerajaan kita tidak percaya kepada nilai-nilainya, walaupun kami mempercayainya.
Ya, KPM telah berulang kali dipaksa untuk mengakui kewujudannya secara terbuka.
Pihak ⤤ berwajib ⤤ Kementerian ⤤ Pendidikan ⤤ Malaysia ⤤ benar-benar ⤤ secara mutlaknya⤤ tahu⤤, pelajar tahu, ibu bapa tahu, dan sekolah tahu ⤤.
Mengapakah semua pegawai yang korup ini belum diambil tindakan tatatertib atau dipecat? Seringkali, mereka yang korup melindungi orang-orang yang korup dengan rasionalisasi "Peduli apa jika masa depan keluarga itu musnah? Mereka sudah sedia miskin pun!" atau "Nah, saya hanya mencuri sedikit sahaja. Orang lain mencuri lebih banyak dari saya!"
Mengapa tiada pendedahan di media massa? Kerana kebanyakan mangsa adalah miskin, dari kawasan pedalaman, dan/atau kehilangan haknya, dan kerana itu, oleh itu eksploitasi mereka adalah status quo walaupun dalam kalangan media.
Hasilnya, pegawai ⤤ Kementerian⤤ Pendidikan ⤤ yang korup ⤤ sangat cepat menyedari bahawa mereka boleh menyalahgunakan kuasa Kerajaan Persekutuan mereka untuk menutupi pelanggaran hak asasi manusia dan memanggilnya "budaya" ⤤—"budaya" penyalahgunaan, "budaya" rasuah", "budaya" penindasan. Tetapi, budaya siapakah itu: kita atau mereka?
Melindungi mana-mana penjawat awam daripada hukuman sivil, jenayah, atau undang-undang adalah satu bentuk jenayah rasuah— asas rasuah di bawah akta SPRM. Ketahui lebih lanjut di sini ⤤.
Tunggu. Bukankah kita mempunyai undang-undang untuk menghentikan jenayah seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa? Maksud saya, mereka ini adalah anak-anak kita! Mari kita imbas kembali skandal SK Pos Tohoi ⤤ yang dahsyat.
Lima pelajar meninggal dunia. Dua lagi hampir mati. Dakwaan yang signifikan terhadap penderaan, pukulan yang tidak ikut arahan Kementerian, dan gangguan oleh pegawai KPM.
Ibu bapa tidak dimaklumkan. Adakah SPRM mendakwa sesiapa yang terlibat dalam tuduhan “cover-up” oleh pegawai Kerajaan Persekutuan? Adakah polis melakukannya?
Adakah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan mendisiplinkan semua pegawainya? Adakah Menteri Pendidikan mendedahkan laporan siasatan?
Jika tidak, pasti kita mempunyai semak dan imbang, bukan? Di manakah EAIC? Di manakah panel penyeliaan SPRM? Di manakah Siasatan Parlimen? Di manakah Suruhanjaya Siasatan Diraja?
Jika tidak, apakah isyarat yang dihantar oleh Kerajaan Persekutuan kepada pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan yang korup? Akibat dari setiap kegagalan semak dan imbang dalam sistem pendidikan adalah kemudaratan kepada kehidupan yang tidak dapat diperbaiki.
Apakah yang telah berlaku? Tiga tahun kemudian, mereka yang terselamat dalam kes SK Pos Tohoi telah dipaksa menyaman Kementerian Pendidikan.
Corak yang sama ini—kelemahan undang-undang, ketelusan sifar & senyap sahaja, tuduhan campur tangan dalam siasatan dan penyalahgunaan kuasa—adalah apa yang membolehkan kebanyakan salah laku termasuk ketidakhadiran guru yang melampau berterusan dalam sistem pendidikan Malaysia.
Jumlahnya kurang dilaporkan dan berkemungkinan dikaitkan dengan tuduhan terhadap pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Persekutuan yang menggunakan hubungan mereka dengan Kerajaan Persekutuan sebagai senjata untuk untuk menakut-nakutkan, memeras ugut, dan/atau mendiamkan mangsa kanak-kanak untuk menutup siasatan terhadap korupsi dan salah laku. Contoh-contoh bagi dakwaan “cover-up” boleh didapati di bawah.
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah menganjurkan Kaji Selidik Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran (TALIS), suatu tinjauan dan laporan berdasarkan bukti.
Dapatan sah yang terakhir dalam kaji selidik TALIS di Malaysia dari tahun 2009 menunjukkan bahawa 19.5% daripada pengetua dan guru besar Malaysia melaporkan ketidakhadiran guru ⤤ telah menghambat pengajaran dan pembelajaran yang "sangat banyak" atau "pada tahap tertentu " di sekolah mereka.
Daripada anggaran sebanyak 10,000 buah sekolah hari ini ⤤ di bawah Kementerian Pendidikan dan sekolah-sekolah yang terkesan boleh mencapai sehingga ~2,000 sekolah rendah & menengah.
Apakah yang ditulis dalam laporan TALIS 2013? Malaysia, di bawah Menteri Pendidikan pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah ditegur dengan kesalahan yang serius ⤤ (backup ⤤). Pihak OECD menulis, "Malaysia: Banyak isu telah ditemui berkaitan liputan, pelarasan …, pensampelan guru, data yang tidak konsisten, dan penyelewengan daripada protokol yang telah ditetapkan." Data yang mengelirukan daripada Malaysia ini kemudiannya menunjukkan 13x pengurangan yang tidak masuk akal dalam ketidakhadiran guru dalam tempoh tidak sampai empat tahun.
Tiga orang Menteri pada masa ini telah mengakui secara terbuka tentang bencana ketidakhadiran guru yang melampau selama lebih 20 tahun yang lalu.
Selepas dua dekad bergelumang dengan ketidakhadiran guru yang melampau, adalah jelas bahawa mengatakan "penyakit adalah buruk" tidak menjadikan seseorang itu doktor.
Selain daripada dua orang bekas pemimpin Kementerian Pendidikan di atas (2008 dan 2010), Kementerian Pendidikan telah berulang kali mengakui bahawa mereka mengalami masalah ketidakhadiran guru yang melampau yang sangat serius.
Para guru, dengan cara yang sama, sering kali didiamkan dan hanya sekali-sekala isu ketidakhadiran guru yang melampau dibincangkan dengan teliti, apatah lagi dikaji.
Hanya beberapa jam selepas saman Mahkamah Tinggi, kumpulan Facebook telah mendapat beribu-ribu mesej daripada para pelajar dan rakyat Malaysia dari seluruh lapisan masyarakat: sebahagian mesej tersebut dikumpulkan oleh Malaysiakini ⤤. Ramai antara bekas pelajar menyuarakan pengalaman yang serupa: selama berbulan-bulan tanpa guru sementara mereka menyatakan bahawa pegawai Kementerian Pendidikan secara senyap-senyap menyembunyikan kes-kes tersebut atau enggan untuk mengambil tindakan.
Pertimbangkan median pendapatan keluarga-keluarga ini (anda tidak perlu membayangkannya ⤤): ketidaksamaan kuasa menjelaskan mengapa sikap tidak berperikemanusiaan dan tingkah laku korup melalui ketidakhadiran guru yang melampau ini tidak ditangani dalam masa lima hari, seperti yang sepatutnya mengikut undang-undang ⤤. Jika seseorang individu yang korup menghantar peluru hidup kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM ⤤, kita pastinya menjangkakan bahawa mereka akan dipenjarakan. Adakah mereka benar-benar dipenjarakan? Tidak. Sekiranya Ketua Pesuruhjaya SPRM terpaksa keluar dari negara ini ⤤, apakah yang berlaku apabila kuasa-kuasa yang korup ini menyasarkan orang-orang miskin, dari kawasan pedalaman, dan/atau yang kehilangan haknya yang telah menjadi mangsa pegawai KPM yang korup? Dapatkah anak-anak kita melarikan diri atau adakah kita tidak dapat menikmati kelebihan-kelebihan yang sama seperti pegawai kerajaan tertinggi?
Bagaimana ia berlaku sedangkan begitu ramai pelajar yang mendakwa guru-guru tidak hadir selama berbulan-bulan tetapi tiada tindakan daripada pihak Kementerian? Bukankah kita mempunyai rekod, prosedur, dan undang-undang untuk menghentikan perkara ini?
Apabila pegawai Kementerian Pendidikan terlibat dalam salah laku, prosedur tatatertibnya adalah jelas, seperti mana-mana salah laku di pejabat atau restoran. Di sekolah dimana seorang guru tidak hadir tanpa sebarang sebab, ketua jabatan wajib membuat laporan dalam masa lima hari; mereka menyiasat, mengumpulkan saksi, dan mengumpulkan bukti-bukti berbentuk dokumen. Kes mereka terhadap pegawai yang mengabaikan tanggungjawab kemudiannya dibawa ke Lembaga Tatatertib dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Ya: inilah prosedur dan garis masa yang sebenar.
Nampak masalahnya? Sekolah menyiasat organisasinya sendiri. Kementerian menyiasat organisasinya sendiri.
Rekod, prosedur, dan undang-undang kita tidak berkesan—rumusan yang jelas kepada komuniti B40 untuk berdekad lamanya—kerana perkara-perkara ini tidak dapat melindungi terhadap jenis penyalahgunaan kuasa yang kritikal:
Jika siasatan salah laku dikompromi, maka "saluran yang betul" telah berakhir. Kegagalan ini bukan andaian semata-mata: kegagalan ini dikatakan telah menghentikan banyak siasatan KPM, menurut pemberi maklumat (whistleblower):
Prosedurnya jelas. Undang-undangnya jelas. Mahkamahnya jelas. Tiada sebab untuk ketidakhadiran ke kelas selama berbulan-bulan sah disisi undang-undang.
Itulah perkara yang sepatutnya berlaku. Tetapi tidak. Inilah sebabnya, dalam begitu banyak kes:
Kadangkala dalam kes-kes korupsi jangka panjang, pegawai KPM berpangkat tinggi membuat “cover-up” untuk memastikan pegawai-pegawai bawahannya tidak dikenakan tindakan tatatertib. Sesetengah orang bertanya, mengapakah pegawai KPM berpangkat tinggi tidak melaporkan ketidakhadiran pegawainya yang lain? Bukankah itu tugas mereka? Bukankah mereka akan diraikan kerana menghentikan salah laku?
Jawapannya terletak dalam salah laku "jangka panjang": kerana sebarang laporan yang tiba-tiba mendedahkan skandal jangka panjang yang mengejutkan juga akan mendedahkan kegagalan pegawai berpangkat tinggi itu sendiri untuk mencegah salah laku orang bawahan mereka. Kerana itu, pegawai-pegawai ini secara kolektif bersetuju untuk melakukan kebutaan yang disengajakan: jangan laporkan apa-apa pun supaya mereka sentiasa mengekalkan penafian yang munasabah bahawa "kami memang tidak tahu". Kalaulah mereka tahu, pegawai-pegawai ini dengan tidak tahu malu berbohong kepada orang awam dalam sidang media, "pastinya" mereka sudah mengambil tindakan.
Sudah tentu, Mahkamah atau orang ramai akan bertanya, "Bagaimana pegawai atasan boleh tidak mengetahuinya? Korupsi tersebut telah berlaku untuk tempoh yang lama. Jika pegawai atasan menjalankan tugas mereka, sudah tentu mereka telah mencegah korupsi ini bertahun-tahun yang lalu. Laporan mereka sebenarnya menjelaskan tentang kecuaian yang mengejutkan yang sudah lama menjadi kesalahan tatatertib utama."
Sudah tentu, Kementerian, seperti mana-mana organisasi, ingin meminimumkan liabiliti perundangan. Tetapi, bagi pegawai KPM yang korup, mereka memutar belitkan mentaliti itu untuk membuat salah laku dan kemudian menutupi dan menyembunyikannya. Dalam pemikiran ganjil mereka, mereka berjanji kepada rakan-rakan sejawat mereka bahawa mereka sedang “menyelamatkan” Kementerian tersebut daripada skandal penyalahgunaan & kecuaian—sementara mereka sebenarnya sedang menjadi penjenayah, turut serta dalam konspirasi untuk melakukan korupsi, menjatuhkan reputasi Kementerian, memusnahkan kehidupan kanak-kanak yang tidak bersalah, mengganggu struktur masyarakat, dan ironinya meningkatkan liabiliti perundangan Kerajaan Persekutuan dengan ketara.
Oleh kerana pegawai-pegawai yang korup ini telah terlibat dalam salah laku jangka panjang yang tidak dikawal, mereka berasa sangat mudah untuk menambah lebih banyak salah laku ke dalam senarai: menutupnya dan menghentikan siasatan, melalui paksaan atau sebaliknya, dan mereka telah "menyelesaikan" semua masalah mereka. Tiada skandal, tiada laporan media, tiada pendakwaan jenayah: dapat menyimpan beribu-ribu ringgit hasil curi yang terus masuk ke akaun bank mereka setiap bulan dan menjaga reputasi "bersih" mereka.
Sebahagian daripada penjaga pentadbiran pendidikan Malaysia sekarang ini (pentadbir sekolah, pengetua dan guru besar, pegawai Kementerian/pendidikan daerah/negeri) dengan ketara telah merosakkan reputasi ⤤ Kementerian Pendidikan untuk melindungi kuasa peribadi yang mengganggu itu dan mengembangkan kekayaan dengan stabil.
Oleh itu, pegawai-pegawai yang korup enggan mendokumentasi korupsi yang berterusan berlaku di sekolah mereka untuk cuba mengelakkan semua liabiliti.
Oleh itu, satu-satunya penyiasatan yang adil adalah yang dilakukan oleh mereka yang tidak terlibat dengan Kementerian Pendidikan yang mempunyai kepentingan jangka panjang untuk kelihatan bersih di mata orang ramai.
Proses siasatan boleh korup ⤤ dari Kementerian Pendidikan boleh mewujudkan perisai undang-undang yang unggul untuk pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan yang korup. Penjawat awam yang korup ini boleh bertindak dengan taktik ketakutan dan tidak berperikemanusiaan untuk memastikan pendedahan adalah terhad dengan menyasarkan mereka yang miskin, berada kawasan pedalaman, atau keluarga tidak berpengaruh dan anak-anak mereka yang tidak dapat menyaman Kerajaan Persekutuan atau terlalu takut untuk membuat laporan kepada polis atau SPRM (jika dan apabila kedua-dua agensi penguatkuasaan tersebut bersedia untuk bertindak).
Strategi seperti mafia yang terancang oleh mereka yang korup ini adalah jika pelajar itu boleh diyakinkan bahawa dia tidak layak mendapat layanan kemanusiaan ("Pastikan guru enggan mengakui apa-apa salah laku terang-terangan!"), maka pelajar akan melepaskan hak perundangan mereka, termasuk tempat di mana hak sebenarnya dijamin: di Mahkamah. Taktik ketakutan ini telah dirancang dengan teliti oleh pegawai-pegawai yang korup untuk 100% berkesan pada setiap masa. Sehinggalah pada hari ia tidak lagi berkesan.
Semua undang-undang terhadap salah laku sebenarnya bergantung kepada proses penyiasatan yang tidak boleh dikorup. Ianya adalah permulaan dan pengakhiran. Tiada apa yang berfungsi tanpa proses penyiasatan bebas dan dilakukan dengan agresif sebagai tulang belakang asas: pengesanan gagal, penyiasatan gagal, dan pencegahan gagal. Kesimpulan ini jelas, tetapi jarang sekali dibincangkan dalam kalangan "pembaharuan pendidikan" dan hampir tidak pernah dilitigasikan. Ini bermakna keadilan memang sentiasa berada di luar jangkauan bagi banyak keluarga miskin, di kawasan pedalaman, dan/atau tidak berpengaruh.
Siasatan yang korup membawa kepada sifar akibat, yang menjadikan penjawat awam yang paling korup lebih berani untuk lebih banyak mencuri, lebih banyak menyakiti, dan lebih banyak menyalahguna, dan pada masa yang sama menakutkan bakal pemberi maklumat.
Jika anda pernah terselamat daripada penderaan dan/atau kecuaian yang dilakukan penjawat awam, kisah-kisah dibawah boleh menggangu dan sensitif. Semua penekanan di bawah adalah dari kami.
Kesimpulannya adalah jelas: korupsi terhadap kanak-kanak dan korupsi dalam pendidikan mempunyai akibat yang menjadi barah selama berdekad-dekad panjangnya yang boleh menghancurkan potensi berjuta-juta kanak-kanak sementara memperkayakan minoriti ultra-kecil yang berkuasa, kaya raya, dilindungi, dan korup.
Melalui data daripada UPSI, DOSM, dan Institut Penyelidikan Khazanah ⤤,
Rakyat Malaysia yang miskin, dari pedalaman, dan/atau tidak berdaya sangat mengetahuinya: rasuah dan korupsi adalah pengalaman harian yang kasar yang dijalani secara keseluruhannya.
Rakyat Malaysia yang miskin sering disuruh untuk "lebih bersabar" atau "ia kerana anda tidak cukup bekerja keras", sementara anak-anak mereka dimaklumkan bahawa semua warga pendidik Kementerian "tahu apa yang terbaik".
Namun, apabila mereka pergi ke sekolah, mangsa-mangsa ini menyedari bahawa guru-gurulah yang cuai dan pelajar-pelajar yang bersabar. Di Sabah, jurang antara mereka yang mempunyai kuasa (contohnya, penjawat awam kanan, ahli politik, individu yang kaya) dan anak-anak Sabah sudah lama menjadi suatu jurang yang besar. Malah ia tidak hampir pun. Perbezaannya seperti hitam dan putih ⤤:
Secara ringkasnya,
Siapa yang takut dengan perkara itu?
Sehingga hari ini, proses penyiasatan yang boleh dikorup ini dikekalkan oleh ahli-ahli politik yang mendahulukan golongan elit, penjawat awam kanan yang tamak, dan agensi penguatkuasaan yang korup dan ditakuti di mana setiap satunya 1) enggan mengakui bahawa siasatan bebas diperlukan (seperti di Mahkamah Undang-undang → mengapa ramai golongan elit cuba membenamkan litigasi), 2) diri mereka sendiri rasa tidak selamat tentang korupsi dan reputasi mereka yang tercemar, jadi mereka meneutralkan apa-apa pengawasan serius yang akan mendedahkan kegagalan mereka yang ketara, dan 3) menikmati gaya hidup mewah dengan empati yang terhad atau sifar tentang pengalaman hidup rakyat Malaysia kategori B40.
Perubahan hanya boleh dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai bidang kuasa ke atas Kementerian Pendidikan: Mahkamah, Menteri Kabinet, Ahli Parlimen, dan SPRM / Polis. Semua pihak lain memegang kuasa yang sangat terhad apabila bersendirian, tetapi, institusi-institusi lain boleh digunakan untuk mewujudkan tekanan terhadap pihak-pihak ini.
Kempen Tiada.Guru telah menyediakan senarai penyelesaian, baru-baru ini telah diterima masuk ke dalam Platform CSO bagi Manifesto Pembaharuan Rakyat.