21
 
Jul
 
2021
 · 
Kempen

Forum 2.0: Mengakhiri Rasuah dalam Pendidikan dengan Solidariti Rakyat

Apa peranan dan cara kita? #MakeSchoolsASaferPlace

Kempen Tiada.Guru akan mengadakan Forum 2.0 bertajuk "Mengakhiri rasuah dalam pendidikan dengan solidariti rakyat: Apa peranan dan cara kita?" pada butiran berikut:

  • Tarikh & Masa: 24 Julai 2021 (Sabtu) @ 8:00 malam
  • Tempat: Facebook | The Tiada.Guru Campaign ⤤
  • Organisasi: Kempen Tiada.Guru, MCCHR, dan Borneo Komrad
  • Panel: Penyampai KK12FM Amy Dangin (moderator), Ketua Strategi Hak Asasi Manusia Firdaus Husni (MCCHR), dan Jurucakap Kempen Fiqah Roslan (Tiada.Guru)

Kita juga akan bagi 1) maklumat terkini tentang dua kes litigasi di Mahkamah Tinggi dan 2) penjelasan mengenai apakah rasuah dalam pendidikan.

Rasuah dalam pendidikan sangat serius dan telah menjadi suatu kebiasaan yang kurang disedari dalam kehidupan rakyat biasa. Krisis rasuah di KPM sering dilaporkan oleh SPRM dan pemberi maklumat KPM, namun ramai dalam kalangan kita yang tidak dapat mengaitkan kegagalan sistem pendidikan dengan skandal rasuah yang berleluasa di semua peringkat.

Analisis ini adalah hasil daripada pengalaman tiga tahun Tiada.Guru yang berkempen untuk dua advokasi: pertama, dua kes litigasi Mahkamah Tinggi oleh pemberi maklumat remaja Sabah dan, kedua,  perlindungan bagi pemberi maklumat guru yang merangkumi salah laku guru, penglibatan pegawai PPD / JPN / KPM, pendirian SPRM dan keputusan pendakwaan, dan beberapa penyelesaian sedia ada.

Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput anda untuk menonton Forum 2.0 yang akan mengupas rasuah dalam pendidikan yang tidak diketahui selama ini.

Antara soalan-soalan yang akan ditanya:

  1. Mengapa kes salah laku dalam Kementerian Pendidikan didiamkan dan pegawai yang dituduh hanya dipindahkan?
  2. Mengapa reform belum dilaksanakan dalam Kementerian Pendidikan walaupun selepas pendedahan media, pemberi maklumat berani dan kecaman antarabangsa?
  3. Bagaimanakah keadilan akan ditegakkan untuk ribuan mangsa terselamat?

Latar Belakang Amy Dangin

Amy Dangin merupakan penyampai radio Kota Kinabalu di KK12FM 89.5, hos acara, bakat suara dan lakonan. Amy Dangin terkenal dengan peranannya sebagai 'Aunty Patrin' yang viral dalam siri video KK12FM. Amy Dangin juga merupakan media influencer dengan lebih daripada 30,000 pengikut. Sebelum radio dan media sosial, Amy pernah bertugas sebagai wartawan menulis laporan dan journal berkaitan isu-isu sosial, politik dan alam sekitar, yang terus didokong sehingga kini menggunakan platform yang ada.

Latar Belakang Firdaus Husni

Firdaus Husni merupakan Ketua Strategi Hak Asasi Manusia di Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR). Seorang peguam, ahli Majlis Peguam & dilantik dengan pelbagai jawatan tinggi berkaitan Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia. Menerima anugerah Women of the Future atas sumbangan dalam pendidikan kewarganegaraan, pemerkasaan Perlembagaan dan hak asasi manusia. Pernah dianugerahkan Biasiswa Chevening Award dan memperoleh ijazah LLM (pengkhususan dalam hak asasi manusia) di SOAS, United Kingdom.

Latar Belakang Fiqah Roslan

Fiqah Roslan menimba pengalaman sebagai wartawan di The Borneo Post selama enam tahun sebelum menjadi wartawan bebas. Bersama beberapa rakan sekerja wanita, dia merupakan pengasas bersama Borneo Speaks iaitu platform media alternatif yang mengetengahkan isu-isu dari Borneo dengan fokus terhadap komuniti di Sabah. Dia juga mengadvokasikan pemerkasaan sivik dan hak asasi manusia melalui Undi Sabah dan Belia di Bawah Bayu. Di Tiada.Guru, dia merupakan wakil kempen yang memperjuangkan pendidikan berkualiti dan bebas rasuah.

Latar Belakang Kempen Tiada.Guru

Tiada.Guru adalah kempen pemberi maklumat guru, ibu bapa, dan pelajar yang memerangi rasuah, kecuaian, dan penderaan di Kementerian Pendidikan. Kami merangkumi dua kes litigasi Mahkamah Tinggi di Sabah dari gadis remaja Sabahan berusia 18 dan 19 tahun terhadap rantai salah laku yang mendedahkan pegawai Kementerian Pendidikan yang palsukan dokumen rasmi, melindungi salah laku, dan gabungan ketidakhadiran guru ekstrem selama bertahun-tahun. Pasukan teras kami terdiri daripada guru, ibu bapa, dan murid yang berjuang tanpa gentar. Kami adalah kumpulan akar umbi yang tahu perkara sebenar. Tiada.Guru adalah kempen harapan dan mercu keadilan bagi penduduk luar bandar Sabah dan seluruh rakyat Malaysia.

Anda seorang guru atau pernah menjadi guru di sekolah kebangsaan? Kempen Tiada.Guru ingin mendengar respon anda.

Terima kasih! Respon anda diterima!
Mesej ditinjau untuk kesopanan.

Sila emel kami [email protected] jika anda ada soalan.
Alamak! Ada error hantar respon anda. Bolehkah anda cuba hantar sekali lagi? Sekiranya masalah ini berlanjutan, sila e-mel kepada kami di [email protected]

Tiada.Guru

“Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.”

Gunung Kinabalu, Sabah | Ling Tang ⤤ di Unsplash ⤤