31
 
Mei
 
2023
 · 
Kempen

Peguambela Rakyat / Ombudsman Awam: Jadikan Keadilan itu Azali

Salah satu ciri utama “cubaan kawal selia dalaman” Malaysia ialah tarikh tamat yang cepat: ia dilancarkan dengan kecacatan yang jelas dan kuasa yang terhad.

Bagaimana Peguambela Rakyat,  Public Ombudsman, Berfungsi

  1. Peguambela Rakyat (Public Ombudsman) adalah sebuah badan penyiasatan dan penguatkuasaan di luar Eksekutif untuk memastikan bahawa Eksekutif tersebut sah di sisi undang-undang, cekap serta adil. Ia mempunyai unit perlindungan pemberi maklumat yang kukuh; unit litigasi kepentingan awam yang hebat; unit kes sekolah kebangsaan & kanak-kanak.
  2. Ia kebal dari muslihat salah laku yang sudah kuno: ia memutuskan kabel tanpa pegawai perkhidmatan awam (contohnya, pengambilan pekerja luar); ia mempunyai bidang kuasa disiplin, restoratif, punitif dan undang-undang; punca pembiayaannya adalah satu set % daripada Belanjawan Persekutuan; penalti berasaskan gaji pegawai; pucuk pimpinannya dicalonkan, dibahaskan dan dipilih secara terbuka; garis masanya boleh dikuatkuasakan dengan sah; resolusi terakhirnya dibuka kepada awam; ia diaudit secara terbuka oleh firma bukan kerajaan; ia menerima laporan secara tanpa nama; sejarah kes-kesnya terbuka untuk disemak oleh pihak media.

Impak Terpantas, Terluas

  1. Setiap bulan, agensi-agensi penguatkuasaan, media dan ahli-ahli politik Malaysia dimaklumkan tentang ketidakadilan yang berleluasa di ratusan daerah dan berpuluh-puluh Kementerian: guru pedofilia, hospital terbakar, guru yang tidak hadir bertugas, pekerja kesihatan yang didera, pegawai penguatkuasa yang korup, ketirisan berjumlah beribu-ribu (atau berbilion-bilion). Kami yang berada dalam perkhidmatan awam mengetahui bahawa pegawai-pegawai atasan kami dengan mudahnya boleh menyembunyikan skandal dengan lebih pantas daripada pendedahan kami.
  2. Tetapi, yang menjadi mangsa adalah kami, penjawat-penjawat awam biasa. Namun, kami juga adalah pemangkin dan penerima manfaat jika kami dilindungi dan boleh memberi keterangan dalam prosiding-prosiding bebas. Kami ada di setiap Kementerian, kami ada berjuta-juta, kami mempunyai mata di setiap inci kerajaan. Namun, kami sebagai pemberi maklumat hanya boleh memberi kesan kepada perubahan dengan adanya penyiasatan bebas dan penguatkuasaan bebas. Hari ini, kebanyakan suruhanjaya tatatertib terdiri daripada bekas-bekas penjawat awam di Kementerian yang sama. Oleh itu, penguatkuasaan “bebas” hari ini hanyalah sebuah sandiwara yang berbahaya.
  3. Pemberi maklumat memberi impak yang besar kepada komuniti yang kuasanya rendah, termasuk golongan B40, penduduk Sabah dan Sarawak serta di kawasan luar bandar yang hanya mempunyai sedikit pengawasan undang-undang, media atau organisasi masyarakat sivil (CSO). Apa yang terbaik ialah Peguambela Rakyat tidak memerlukan undang-undang, prosedur operasi standard (SOP) atau peraturan tambahan. Ia hanya menguatkuasakan undang-undang semasa tanpa diskriminasi, ketidakadilan dan pelanggaran undang-undang yang selalu berlaku.

Penyelesaian Mudah dan Intuitif

  1. Siasatan dalaman di seluruh negara telah terjejas dan penjawat-penjawat awam adalah mangsa pertamanya. Kenaikan pangkat dalaman bermakna penyiasatan dalaman menggalakkan para penjawat awam untuk memperlahankan atau menggagalkan siasatan. Perlindungan diri menjadi matlamat utama: pegawai-pegawai atasan bukan penyiasat yang sah. Mereka mungkin bersalah atas skandal yang sama tapi oleh kerana nama penyiasat sudah dibersihkan; mereka mungkin mempunyai pengawasan yang cuai; mereka mungkin takut kepada si pelaku; mereka mungkin bergantung kepada sekutu-sekutu si pelaku untuk tugas-tugas seharian. Dalam skandal yang memalukan, pegawai atasan “penyiasat” tersebut adalah anti-ketelusan, anti-rakyat, anti-keadilan yang bebas dari tindakan undang-undang.
  2. Peguambela Rakyat, bersama penyiasat luar, meruntuhkan struktur penguatkuasaan yang terkalsifikasi. Ia membolehkan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan semasa dengan pantas, bebas dan telus. Dengan garis masa yang boleh dikuatkuasakan dan kebebasan daripada Eksekutif, kami menetapkan semula masa depan Malaysia. Dan, Peguambela Rakyat mengurangkan beban ahli politik, Mahkamah, dan perkhidmatan awam untuk menyiasat sendiri atau “campur tangan” dalam perkara yang rumit tanpa akses atau kecekapan.
  3. Hari ini, ahli politik telah membina alat-alat bantuan kelas ketiga yang tidak berkesan–juga dikenali sebagai saluran yang betul–untuk mengurangkan dan mendorong penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam. Kita ada suruhanjaya, jawatankuasa, dan lembaga pengawasan “luaran”, agensi “penguatkuasaan” yang telah terjejas, peruntukan-peruntukan kawasan, dan juga “pergi saman kerajaan untuk menuntut hak-hak anda”. Bagi mereka yang kaya dan berkuasa, Mahkamah mudah untuk diakses. Itulah sebabnya kebanyakan ahli politik dan golongan elit tidak terlalu terdesak oleh kegagalan Malaysia; mereka selalu ada penyiasatan bebas & penguatkuasaan bebas.

Bukan Baldi Lain Yang Tiris

  1. Bayangkan mekanisme penguatkuasaan Malaysia sebagai baldi-baldi yang dipenuhi dengan pemberi maklumat, saksi, bukti dan mangsa. Jika baldi itu penuh, tindakan tatatertib atau jenayah akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, baldi Malaysia berlubang dari kilangnya lagi, contohnya, Akta SPRM, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, Akta Kanak-kanak. Semuanya mempunyai kelemahan: Pelantikan eksekutif, tidak ada garis masa yang boleh dikuatkuasakan, tidak ada liabiliti vikarius, boleh dihalang oleh Peguam Negara, siasatan dan penguatkuasaan dalaman, tiada peruntukan restoratif, dan yang teruk sekali: ketelusan yang lemah.
  2. Bagi para penjawat awam, kebergantungan kepada lantikan politik untuk akauntabiliti adalah realiti yang keji dan memalukan. Sebaliknya, Peguambela Rakyat mempunyai kuasa penyiasatan penuh termasuk penyitaan bukti, serbuan, saksi, perlindungan pemberi maklumat dan tuntutan masa terhad. Pelantikannya dibuat di luar Cabang Eksekutif, kewangannya dilindungi daripada campur tangan politik, pembentukannya telus–ini adalah penyelesaian-penyelesaian yang jelas, namun tidak pernah dilaksanakan oleh “wakil” kita sendiri selama berdekad-dekad.
  3. Peguambela Rakyat memastikan triage, di mana mereka yang terjejas paling teruk menerima perhatian paling banyak dan bukannya mereka yang mempunyai mikrofon paling kuat di saluran media terbesar. Peguambela Rakyat memastikan keadilan restoratif, agar mangsa diberi pampasan dan bukan hanya sekadar menjadi saksi, dengan restitusi yang adil. Peguambela Rakyat boleh mengambil tindakan punitif (kompaun) atau tatatertib dengan penyelesaian akhir yang didedahkan kepada umum untuk pengawasan utama oleh media & organisasi masyarakat sivil (CSO). Peguambela Rakyat juga boleh mengarahkan Kerajaan dalam litigasi kepentingan awam.

Cipta Sejarah: Kuasa Istimewa

  1. Salah satu ciri utama “cubaan kawal selia dalaman” Malaysia ialah tarikh tamat yang cepat: ia dilancarkan dengan kecacatan yang jelas dan kuasa yang terhad. Ini membawa kepada kegagalan awam dan pengabaian institusi tersebut. Hakikatnya, apabila penjawat awam yang korup menyedari bahawa mereka boleh melanggar undang-undang dan masih boleh kekal sebagai penjawat awam, penyalahgunaan kuasa menjadi budaya umum.
  2. Oleh itu, Peguambela Rakyat mesti bersedia untuk melakukan triage terhadap kegagalan terburuk kita. Pertama, ia mesti mempunyai unit perlindungan pemberi maklumat yang boleh dipercayai sepenuhnya dan agresif. Tanpa pemberi maklumat, tidak ada kebenaran asas pada semua polisi dan Kementerian, mahupun sebarang kesegeraan atau reformasi. Semua kes disiplin / sivil / jenayah boleh terjejas tanpa perlindungan pemberi maklumat. Seterusnya, Peguambela Rakyat mesti mempunyai unit litigasi kepentingan awam untuk memfailkan saman terhadap salah laku sistematik, jangka panjang, dan / atau amat teruk oleh Cabang Eksekutif. Golongan B40 sepatutnya tidak perlu melakukan kutipan dana litigasi untuk memaksa kerajaan yang ditanggung oleh pembayar cukai untuk mematuhi undang-undang, seperti yang dilaksanakan oleh 1.6 juta penjawat awam.
  3. Tambahan pula, Kementerian Pendidikan membentangkan liabiliti undang-undang yang amat besar kepada Kerajaan dengan lebih 10,000 sekolah namun ia merupakan antara yang paling korup di beberapa buah negeri. Tambahan pula, kanak-kanak adalah golongan yang dilindungi (Akta Kanak-Kanak) di Malaysia dan sebarang penyalahgunaan kuasa boleh mewujudkan kemiskinan generasi, kegagalan generasi, dan ketidakstabilan generasi. Oleh itu, unit khusus yang menyiasat salah laku di sekolah bersama unit yang sensitif pada kanak-kanak adalah satu keperluan mutlak.

Keadilan Mencipta Warisan Perpaduan yang Tidak Dapat Dilupakan

  1. Rakyat Malaysia yang mempunyai kerendahan hati mendambakan keadilan, akauntabiliti dan satu sistem yang jujur. Salah laku, “penguatkuasaan dalaman”, dan skandal yang memalukan selama berdekad-dekad telah menyebabkan rakyat agak takut dan tidak percaya kepada kerajaan “mereka”. Ramai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa, namun mereka terlalu takut untuk tampil menceritakan kisah mereka selepas kerajaan mendiamkan bantahan, mendiamkan pemberi maklumat, dan melindungi mereka yang korup. Tetapi, kita semua sudah bersedia untuk kejatuhan mereka yang korup: inilah impian nasional rakyat Malaysia. Mengapa kita tidak menjadi peneraju dalam pencegahan rasuah?
  2. Peguambela Rakyat kemudiannya menonjolkan wira-wira tempatan kita dengan menghapuskan belenggu “anti-korup” yang telah terjadi selama beberapa dekad kerana takut memusnahkan rasuah secara umum. Sebagai contoh, bukankah pemberi maklumat yang mendedahkan guru sepatutnya diberikan penghormatan oleh negeri? Bukankah salah laku sepatutnya didedahkan secara umum di media selepas tindak sudah diambil? Bukankah dokumentari perlu dibuat tentang rakyat yang memusnahkan rasuah dalam kerajaan? Bukankah kita patut membenarkan Peguambela Rakyat untuk menjadi institusi awam yang sebenar?
  3. Peguambela Rakyat yang berjaya boleh menjadi lebih popular berbanding kerajaan yang dipantau oleh mereka. Ini bermakna mereka berusaha untuk menjadikan keadilan sebagai azali, bukan janji.

Tiada.Guru

“Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.”

Sepilok, Sabah | oleh Colin + Meg ⤤ di Unsplash ⤤