Kami, yang bertandatangan di bawah ini, ingin menyahut kenyataan Menteri Pendidikan Mohd Radzi Mohd Jidin mengenai tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung pemeriksaan haid di sekolah.
Seperti yang dilaporkan dalam beberapa portal media dalam talian pada 26 dan 27 April 2021, ketika diminta untuk mengulas mengenai amalan pemeriksaan haid di sekolah, Radzi Jidin berkata, setakat ini tiada petunjuk bahawa amalan sedemikian wujud.
Beliau berkata kementerian sedang “menjalankan siasatan sampai sekarang”, “memeriksa satu persatu" dan bertanya kepada "semua bahagian" tetapi "jawapannya tiada". Menteri pendidikan juga menyeru orang ramai untuk "memberitahu (beliau) di sekolah mana, supaya tindakan boleh diambil”.
Walaupun kami menyokong komitmen kementerian untuk memeriksa dan menangani isu sistemik pemeriksaan haid ini, kami ingin menekankan bahawa ia penting untuk melaksanakan komitmen sambil mengambil kira kerumitan isu ini.
Pemeriksaan haid ini, serta "kepolisan" moral dan jenaka rogol, dilakukan secara rutin oleh guru-guru dan juga pengawas, iaitu tokoh pihak berkuasa yang mempunyai pengaruh di sisi mereka di setiap sekolah. Dalam apa jua keadaan, sama ada di sekolah atau di tempat kerja, mangsa yang diganggu, secara seksual atau sebaliknya, merasa sukar untuk tampil ke hadapan kerana bimbang akan kesannya, terutama jika pelaku mereka berada dalam kedudukan berkuasa.
Oleh itu, ia sangat tidak mungkin kementerian akan mendapat maklum balas langsung daripada pelajar atau guru yang bersimpati dengan pelajar. Ia juga tidak mungkin bahawa pelaku sanggup tampil ke hadapan dan mengaku.
Mangsa juga mungkin mengalami trauma dan tidak akan berada dalam rangka fikiran terbaik untuk tampil ke hadapan dengan laporan. Kita tidak boleh lupakan bahawa pelakunya adalah tokoh-tokoh pihak berkuasa dan kepercayaan kanak-kanak terhadap tokoh-tokoh tersebut mungkin akan hilang.
Mereka juga lebih cenderung ditindas dalam ekosistem yang telah mengindoktrinasi mangsanya agar menerima budaya pemeriksaan haid, memalukan badan serta budaya rogol, dan membenamkan suara yang menentang budaya ini.
Oleh itu, sifat pelanggaran dan penguatkuasaan peribadi oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi boleh menjadi penghalang bagi kedua-dua mangsa dan pelaku untuk tampil ke hadapan.
Kementerian Pendidikan harus selalu ingat bahawa ini adalah perlakuan yang menjijikkan dan mendera yang melanggar batasan fizikal dan peribadi tanpa persetujuan. Perkara ini menjadi lebih teruk lagi oleh kenyataan bahawa kebanyakan mangsa di sini adalah atau berada di bawah umur ketika kejadian ini berlaku.
Di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan mencabul kehormatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, kes-kes ini akan dianggap sebagai kesalahan jenayah dan boleh dihukum oleh undang-undang.
Justeru, kami menegaskan Kementerian Pendidikan mengamalkan campur tangan yang lebih serius dan sistematik dalam mendekati isu ini yang akan merangkumi proses siasatan yang adil dan komprehensif.
Proses ini harus merangkumi dasar pemberi maklumat yang melindungi mangsa dan/atau individu lain yang memberikan kementerian maklumat lanjut mengenai sekolah dan tokoh-tokoh pihak berkuasa yang telah menjalankan pemeriksaan haid, kepolisan moral dan bentuk gangguan seksual lain dengan jaminan awam oleh kementerian tentang pelaksanaannya.
Proses siasatan objektif mesti disediakan terhadap pelanggaran yang didakwa yang akan merangkumi pihak ketiga objektif seperti SUHAKAM, untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti.
Hasil siasatan kemudiannya harus dikongsi dengan pihak berwajib, termasuk ibu bapa, NGO hak kanak-kanak dan hak wanita, yang kemudiannya boleh digunakan sebagai asas kerjasama untuk membentuk dasar yang mantap.
Hasil siasatan harus menghasilkan perubahan dan pelaksanaan garis panduan tatatertib di sekolah yang jelas menunjukkan tiada toleransi terhadap perlakuan yang melanggar hak dan maruah kanak-kanak, termasuk pemeriksaan haid, gangguan seksual dan segala bentuk penderaan, buli dan gangguan.
Ia juga harus menghasilkan pemulihan yang akan dikuatkuasakan dengan betul dan tegas di sekolah-sekolah ini untuk mempromosikan tiada toleransi terhadap gangguan, penderaan dan pelanggaran seksual.
Selain tindakan sewajarnya terhadap guru dan pihak berkuasa sekolah dan Kementerian Pendidikan harus mencari penyelesaian jangka panjang bagi memastikan sekolah-sekolah di Malaysia wujud sebagai tempat yang selamat untuk anak-anak dan bukan kawasan berbahaya di mana jenaka rogol menjadi kebiasaan. Penyelesaian jangka panjang mesti merangkumi:
Ketidaksamaan sosial boleh dikaitkan dengan pencapaian pendidikan di mana pengalaman gangguan berterusan, penderaan, dan keganasan boleh dikaitkan dengan hasil pendidikan yang lemah.
Untuk memastikan anak-anak kita mencapai potensi mereka, mempunyai persekitaran pembelajaran yang selamat dan secara aktif menggalakkan nilai-nilai menghormati dan bukan keganasan adalah sangat penting.
Tanggungjawab ini harus dipandang serius oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha memenuhi komitmennya dalam penyediaan pendidikan berkualiti untuk semua kanak-kanak Malaysia.
Perkara di atas ditandatangani oleh:
Tandatangan individu:
“Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.”
Kota Kinabalu, Sabah | EJ Yao ⤤ di Unsplash ⤤