LITIGASI MENGHIDUPKAN CAHAYA KEADILAN

Litigasi berkepentingan awam mendedahkan penganiayaan yang didiamkan dan disembunyikan—bersedia untuk cahaya ini.

FAKTA RINGKAS

Nombor Kes | BKI-2NCvC-101/10-2018
Tarikh Difailkan | 29/10/2018
Nama Firma | Messrs Roxana & Co
Hakim | High Court Judge YA Tuan Ismail bin Brahim
Lokasi | Malaysia di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu

MENGAPA LITIGASI KEPENTINGAN AWAM...

Heret kad menggunakan mouse / jari
atau scroll ke kanan / bawah.

—akhirnya, kerajaan mesti mempertahankan tindakan mereka pun terhadap kanak-kanak.

Akhirnya, Malaysia dituntut menepati janjinya kepada rakyat.

—akhirnya, rakyat bebas dari cengkaman kuasa politik.

Akhirnya, hakim ialah seseorang lebih tinggi daripada Perdana Menteri.

—akhirnya, penilaian adalah umum dan muktamad. Tiada lagi sistem pintu belakang.

Akhirnya, bukti dan kebenaran didedahkan kepada dunia.

—akhirnya, tidak ada tempat lagi untuk bersembunyi.

Akhirnya, setiap saksi dipanggil di hadapan kuasa bebas untuk mempertahankan tindakan mereka dalam buku sejarah.

—akhirnya, peguam dan undang-undang kita tidak dipanggil sebagai senjata orang kaya dan berkuasa,

—melainkan sebagai penjaga dan pahlawan untuk yang tidak bersuara.

—akhirnya, peguam dan undang-undang tidak dimiliki oleh golongan berkuasa,

—melainkan untuk menyebarkan keadilan dan mengembalikan sayap harapan yang dicuri daripada orang yang tidak berdaya.

—akhirnya, peguam dan undang-undang tidak dipanggil untuk mengesahkan pertikaian golongan elit dan status mereka,

—melainkan untuk melukis permaidani dan mural hakikat kejam dalam Malaysia.

—akhirnya, peguam dan undang-undang tidak dipanggil untuk mengadili "perbahasan tulen" undang-undang,

—tetapi untuk menembusi tabir kekuasaan, penyalahgunaan, dan kepentingan diri yang memutarbelitkan akauntabiliti sehingga tiada sesiapa perlu di bawa ke muka pengadilan.

—akhirnya, peguam dan undang-undang tidak diminta untuk mencalonkan diri untuk menjadi pembida tertinggi,

—tetapi untuk mempertahankan orang awam, rakyat biasa, mereka yang ingin bernafas bebas, orang yang sedang berada di jalan yang lurus.

...KRITIKAL UNTUK REFORMASI

Plaintif

Bekas Murid SMK Taun Gusi

Siti Nafirah binti Siman

Umur ketika kes berlaku | 15 tahun
Adik-beradik | anak perempuan tunggal, 5 orang adik-beradik, paling bongsu
Ibubapa | Dibesarkan oleh ibu; bapa meninggal dunia semasa Siti Nafirah berusia 7 tahun

Senarai Defendan dan Pegawai Terlibat

Defendan Pertama | individu

Guru Bahasa Inggeris SMK Taun Gusi

Cikgu Mohd Jainal Jamran

1999 → 2020
Dipindahkan selepas kes saman
Mahkamah Tinggi

Defendan Kedua | individu

Pengetua SMK Taun Gusi

Suid Hanapi

2012 → 2020

Defendan Keempat | Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud

Mohd Fadzli Rozan

2018 → kini

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud

Abdul Bakhrin Yusof

2013 → 2018

Pegawai Unit Bahasa

Catherine Benjamin

2015 → kini

Pegawai Unit Bahasa

Bees Satoh

xxxx → 2015

SMK Taun Gusi | Ketua Bidang Bahasa & Cikgu

Cikgu Norhana Idek

2013 → 2019
Naik jawatan selepas kes saman
Mahkamah Tinggi

SMK Taun Gusi | Ketua Panitia B. Inggeris & Cikgu

Cikgu Nurhaizah Ejab

2013 → 2019
Dipindahkan selepas kes saman
Mahkamah Tinggi

Pegawai Unit Bahasa (sementara)

Shuraya Mantiar

2015 → 2015

Defendant Kelima | Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Dr Mistrine Radin

2018 → kini

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Datuk Maimunah Suhaibul

2016 → 2018
Naik jawatan selepas kes saman
Mahkamah Tinggi

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Datuk Jame Alip

2012 → 2016

Penolong Pengarah / Unit Bahasa Inggeris

Muarifin Mochoeri

xxxx→ kini

Ketua Penolong Pengarah / Sektor Pengurusan Akademik

Mohd Fadzli Rozan

2011 → 2018

Penyelaras Pro-ELT (Bahasa Inggeris)

Wandamaria Lim

2014 → xxxx

Defendant Keenam | Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Dr Habibah Abdul Rahim

2020 → kini

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Dr Amin Senin

2017 → 2019

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Khair Mohamad Yusof

2013 → 2017

Ketua Unit Pengurusan Sekolah

Juraida Umat

xxxx → kini

Ketua Unit Profesion Perguruan

Datuk Maimunah Suhaibul

2018 → kini
Naik jawatan selepas kes saman
Mahkamah Tinggi

Ketua Projek Khas / Unit Pengurusan Sekolah

Rezuan Ahmad

xxxx → 2017

Defendant Ketujuh | Menteri Pendidikan Malaysia

Menteri Pendidikan

Dr Radzi Jidin

2020 → kini

Menteri Pendidikan

Dr Mahathir Mohamad

2020 → 2020

Menteri Pendidikan

Dr Maszlee Malik

2018 → 2020

Menteri Pendidikan

Mahdzir Khalid

2015 → 2018

Menteri Pendidikan

Muhyiddin Yassin

2009 → 2015

Defendan Kelapan | Kerajaan Malaysia

Kerajaan Persekutuaan Malaysia

Undang-UNdang
DILANGGAR
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Peraturan 3A, 3C(1), 3C(2), 23, 24, 25
Dilanggar oleh D1 (Defendan Pertama), D2, D4, D5, D6, D7, D8



Akta Pendidikan 1996

Gagal menyediakan peperiksaan, tindakan menyalahi undang-undang dan peninggalan, tidak mengambil tindakan munasabah, hak bagi pendidikan berkualiti
Dilanggar oleh D1, D2, D4, D5, D6, D7, D8

Misfeasans (Salah Guna Kuasa) dalam Jawatan Awam

Melakukan tindakan menyalahi undang-undang dan secara sengaja menyebabkan kecederaan dan kerugian semasa memegang jawatan sebagai pegawai awam
Dilakukan oleh D1, D2, D3, D4, D5, D6

Perlembagaan Persekutuan

Melanggar artikel 5 & 12 tentang hak pendidikan: tidak mengambil sebarang tindakan munasabah bagi mengelak, tindakan sengaja dan disertai niat dan/atau peninggalan, mempunyai pengetahuan, atau cara memperoleh pengetahuan berkenaan kemudaratan yang dilakukaan
Dilanggar oleh D1, D2, D4, D5, D6, D6, D7, D8

Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Disahkan oleh Malaysia pada tahun 1995)

Semua artikel berkaitan, termasuk hak pendidikan
Dilakukan oleh D1, D2, D4, D5, D6, D7, D8

Remedi
MahKAMAH
Pengisytiharan no. 1

Pengisytiharan bahawa Defendan Pertama, Kedua, Keempat, Kelima, Keenam, Ketujuh, dan Kelapan telah melanggar kewajipan statutory mereka di bawah Akta Pendidikan gagal mengajar Plaintif Bahasa Inggeris dari Februari hingga Oktober 2015.

Pengisytiharan no. 2

Pengisytiharan bahawa Defendan Pertama, Kedua, Keempat, Kelima, Keenam, Ketujuh, dan Kelapan telah melanggar kewajipan statutory mereka di bawah Akta Pendidikan iaitu gagal menyediakan Plaintif untuk peperiksaan.

Pengisytiharan no. 3

Pengisytiharan bahawa Defendan Kedua, Keempat, dan Kelima melanggar tugas mereka di bawah Peraturan 3C, 25, & 26 dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatertib) 1993.

Pengisytiharan no. 4

Pengisytiharan bahawa tindakan oleh Defendan Pertama, Kedua, Keempat, Kelima, dan Keenam merupakan misfeasans (salah guna kuasa) dalam jawatan awam.

Pengisytiharan no. 5

Pengisytiharan bahawa Defendan Pertama, Kedua, Keempat, Kelima, Keenam, Ketujuh, dan Kelapan telah mencabuli hak perlembagaan Plaintif untuk menerima pendidikan di bawah Artikel 5 & 12 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ganti Rugi dalam bentuk Teladan (Exemplary), Umum (General), & Kerosakan Teruk (Aggravated)
kos
apa-apa bentuk kelegaan yang dianggap sesuai dan wajar

KOTA BELUD, SABAH dan SMK TAUN GUSI

Daerah Kota Belud ialah antara daerah termiskin di Malaysia, menduduki kedudukan 134 daripada 158 daerah pentadbiran.

Kadar Kemiskinan Mutlak daerah Kota Belud: 6 kali lebih tinggi daripada kadar miskin mutlak negara; 3 kali lebih tinggi daripada kadar miskin mutlak luar bandar

3 daripada 10 buah rumah di daerah Kota Belud tidak mempunyai paip air, hampir 7 kali lebih teruk berbanding peringkat nasional

Daerah Kota Belud mempunyai tahap ketaksamarataan pendapatan antara tertinggi di Malaysia: 50% golongan miskin hanya mengambil 22% keseluruhan pendapatan isi rumah daerah Kota Belud

Graduan Kerajaan Kota Belud, Sabah dan SMK Taun Gusi

dari Kota Belud, Sabah

Mohammad Said Keruak

bekas Ketua Menteri Sabah
bekas Tuan Yang Terutama
di Pertua Negeri Sabah

dari Kota Belud, Sabah

Salleh Said Keruak — BN

bekas Ketua Menteri Sabah
bekas Menteri Komunikasi
dan Multimedia 
bekas Speaker di Dewan
Undangan Negeri Sabah

dari Kota Belud, Sabah

Pandikar Amin Mulia — BN

bekas Speaker Dewan Rakyat
bekas Menteri di Jabatan
Perdana Menteri

dari Kota Belud, Sabah

Abdul Rahman Dahlan — BN

bekas Menteri Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan
bekas Menteri di Jabatan
Perdana Menteri

dari Kota Belud, Sabah

Isnaraissah Munirah Majilis — WARISAN

bekas Timbalan Menteri Tenaga, Sains,  
Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Pengetua Ke-7 SMK Taun Gusi

Dr Amin Senin

bekas Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia ( → 2019)

Pengetua Ke-9 SMK Taun Gusi

Datuk Jame Alip

bekas Pengarah Jabatan
Pendidikan Sabah ( → 2016)

Pengetua Ke-11 SMK Taun Gusi

Encik Umin Sadi

bekas Pegawai Pendidikan
Daerah Kota Kinabalu (→ 2019)

Pengetua Ke-13 SMK Taun Gusi

Encik Said Andong

suami kepada bekas Pengarah 
Jabatan Pendidikan Sabah (→ 2018)