28
 
Mei
 
2021
 · 
Kempen

Kemaskini Litigasi 2020: Kerajaan Masih Belum Memfailkan Pernyataan Pembelaan Selepas 155+ Hari

Selepas pelbagai tempoh lanjutan dan penangguhan, Kementerian Pendidikan masih belum membela pegawainya di Mahkamah Tinggi. #MakeSchoolsASaferPlace

“If you can tell me sekolah mana, then I’ll go drill down and tengok apa berlaku,” ulas Defendan Ke-4 Menteri Pendidikan Radzi Jidin pada April 2021 ⤤. Orang Sabah tertanya-tanya samada Defendan Ke-4 pernah dinasihatkan untuk membaca Pernyataan Tuntutan yang telah diserahkan kepadanya pada Disember 2020 ⤤: nama sekolah disebut sepuluh (10) kali dalam dua (2) muka surat pertama.

Tidak lagi berdiam diri. Tidak lagi dalam ketakutan. Sudah tiba masanya untuk orang yang berkuasa tapi korup melepaskan cengkaman lutut mereka daripada leher kanak-kanak dan pelajar Sabah dan Malaysia. Adalah memalukan apabila Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pendidikan (KPM) masih belum mengemukakan pembelaan terhadap tuntutan bersumpah ⤤ Plaintif Mahkamah Tinggi—Rusiah binti Sabdarin, Nur Natasha Allisya binti Hamali, dan Calvina binti Angayung (semua berusia 19 tahun)—guru ponteng berbulan-bulan & misfeasans (penyalahgunaan kuasa) oleh sesetengah pegawai KPM.

Selepas Defendan telah menghadirkan diri, Defendan mempunyai 14 hari untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan mereka di Mahkamah, tetapi selepas 155+ hari dengan pelbagai tempoh lanjutan, Defendan masih belum memfailkan Pernyataan Pembelaan mereka. Sudah tentu, Sabah mengetahui Defendan Ke-3, Ke-4, dan Ke-5 langsung tiada pembelaan bagi guru ponteng kelas sejak 30 tahun lalu ⤤ mahupun apa-apa pembelaan terhadap pengakuan Defendan sendiri pada tahun 2013 ⤤ & 2017 ⤤.

Senarai Defendan berikut masih belum ada Pembelaan terhadap Pernyataan Tuntutan sepanjang 11 muka surat yang difailkan oleh wanita berusia 19 tahun:

  1. Mohd Jainal bin Jamran (bekas guru BI Ting. 4; dipindahkan pada awal tahun 2020)
  2. Hj. Suid bin Hj. Hanapi (bekas pengetua SMK Taun Gusi; bersara pada awal tahun 2020)
  3. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  4. Menteri Pendidikan
  5. Kerajaan Persekutuan Malaysia

Siapakah yang akan menggeruni pelajar wanita yang merupakan pemberi maklumat (“whistleblower”)? Yang takut dengan Mahkamah Tinggi? Yang takut dengan Kota Belud, salah satu daerah termiskin dan ketaksamarataan pendapatan tertinggi di Malaysia ⤤? Yang takut dengan Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, atau Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-kanak? Perbicaraan Mahkamah awam? Sapina? Penemuan bukti? Ketelusan? Hakikat?

Desakan: KPM mesti mengerahkan siasatan eksternal dan bebas dengan kadar segara—penting untuk menegakkan kebenaran—terhadap semua tuduhan penyalahgunaan, kecuaian, dan pembabitan dalam rasuah. Begitu juga, Menteri Pendidikan mesti memfailkan suatu Pernyataan Pembelaan di Mahkamah Tinggi.

Kejahilan bukan alasan langgar undang-undang. Kelewatan 155+ hari memfailkan Pernyataan Pembelaan oleh pihak Defendan ini telah mengundang persepsi negatif, kecurigaan, dan penghinaan. Kepada semua pelajar Sabah yang berani menegakkan keadilan, dan ribuan lagi yang mempertahankan hak pelajar daripada penyalahgunaan kuasa oleh pegawai KPM: terimalah ini sebagai kemenangan kita yang pertama.

Pelajar Whistleblower: 1
Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pendidikan: 0

Mohd Radzi: Akta Pemberi Maklumat Jenayah Rasuah harus diperkuatkan untuk membela orang awam
“Mesti ada mekanisme yang dapat memberi kepastian kepada para Pemberi Maklumat Jenayah Rasuah bahawa mereka pasti selamat walaupun memberi maklumat tentang rasuah jenayah dan bahawa tindakan akan terhadap penjenayah rasuah.”

— Defendan Ke-4 Radzi Jidin pada 13 September 2018 ⤤

“Dalam semua keadaan, kedaulatan undang-undang mesti dipertahankan dan kebertanggungjawaban serta ketelusan mesti dilaksanakan. Ini agar dapat memastikan yang tidak ada sesiapa yang dapat melarikan diri daripada hukuman dan tiada orang yang lebih megah daripada undang-undang.”

— Defendan Ke-4 Radzi Jidin pada 17 Julai 2019  di Ibu Pejabat  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ⤤  (diterjemahkan)

“Apabila pegawai melakukan kesalahan di bawah undang-undang dan peraturan tanpa rasa takut yang mereka akan disiasat atau diberi amaran,  suatu budaya kekebalan mula terbentuk. Setiap kesalahan yang tidak disiasat atau dihukum ataupun disokong oleh pegawai atasan, akan memberi persepsi yang kelakuan sebegitu adalah dibenarkan.”

— Defendan Ke-4 Radzi Jidin pada 17 Julai 2019  di Ibu Pejabat  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ⤤  (diterjemahkan)

“Kerajaan semestinya bertanggungjawab ke atas setiap perbuatannya dan tidak mengambil hak rakyat dengan sewenang-wenangnya. Kalau tidak, semua usaha kerajaan menjadi suatu pembaziran sumber kerajaan yang terhad dan tidak ternilai.”

— Defendan Ke-4 Radzi Jidin pada 17 Julai 2019  di Ibu Pejabat  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ⤤  (diterjemahkan)

“Dalam wawancara dengan Malaysiakini, anggota Bersatu mengakui bahawa dia (Radzi) tidak sebegitu terkenal seperti pemimpin Pakatan Harapan yang lain. Ini kebanyakannya disebabkan oleh kerana Radzi telah menetap di Hobart, Australia selama lebih dari 20 tahun.”

— Malaysiakini pada 19 Ogos 2018 ⤤

“Kerajaan Persekutuan Malaysia Belum Memfailkan Pembelaan Selepas Lebih daripada 130 Hari Saman Mahkamah Tinggi Difailkan oleh Tiga Orang Wanita Sabah terhadap Seorang Guru yang Didakwa Tidak Hadir Kelas Berbulan-bulan, Pengetua, dan Kementerian Pendidikan” ⤤

Tiada.Guru

“Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.”

Kundasang, Sabah | Ryan 'O' Niel ⤤ di Unsplash ⤤