%20(tinyPNG).jpg)

.webp)
.webp)
Jelajahi sejarah yang tidak pernah dipaparkan di sebalik kes Mahkamah Tinggi yang melawan isu ketidakhadiran guru di Malaysia
"Kalau perlu satu kampung untuk membesarkan seorang anak, satu kampung juga diperlukan untuk mendera mereka." — Mitchell Garabedian
Satu kajian telah dijalankan untuk menilai pengaruh beberapa faktor psikologi dan organisasi ke atas prestasi dan kedatangan kerja di kalangan sampel kakitangan sesebuah organisasi kerajaan yang berpejabat di Kuala Lumpur, Ipoh, Teluk Intan, Seremban, Melaka dan Kluang.
Kemudian kajian Tan Siew Lan (1998) mengkaji hubungan antara komitmen organisasi dengan nilai kerja di kalangan guru sekolah menengah khususnya berkaitan dengan tingkah laku guru iaitu ketidakhadiran kerja dan produktiviti. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan antara komitmen kerja dengan nilai-nilai kerja.
Kementerian Pelajaran tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas, termasuk memecat seorang guru di Perak yang dilaporkan sering ponteng mengajar sejak Januari lalu.
"Kementerian memerlukan guru berkualiti dan komited terhadap tugas yang diamanah untuk mendidik pelajar kita, bukannya guru yang tidak berminat menjalankan tugas." — Timabalan Menteri Pendidikan Wee Ka Siong
Beliau berkata, kementerian mengambil serius kes tersebut walaupun ia merupakan kes terpencil dan jarang berlaku.
Tindakan tegas perlu dilakukan kerana tidak mahu menjejaskan kerjaya perguruan.
Sebagai contoh, jika perbuatan salah laku seperti tidak hadir bertugas dibiarkan berlarutan tanpa sebarang tindakan, pastinya ia akan menjejaskan morale kakitangan lain di agensi yang sama, yang komited dalam melaksanakan tugas. Oleh itu, dalam hal ini, pegawai yang melakukan kesalahan perlu dikenakan tindakan tegas dan setimpal atas kesalahannya supaya ia menjadi pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana saudara-saudari sedia maklum, pembayaran emolumen anggota perkhidmatan awam melibatkan peruntukan yang besar setiap tahun. Persoalannya, adakah perbelanjaan tersebut setimpal dengan mutu kerja yang dihasilkan oleh penjawat awam?
Pemberian imbuhan kepada pegawai berprestasi tinggi hendaklah juga diiringi dengan tindakan yang bersesuaian terhadap anggota yang melanggar peraturan, supaya hasrat untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang profesional, efektif dan inovatif dapat direalisasikan.
Tindakan tatatertib bukan semata-mata bertujuan untuk memberikan balasan atau hukuman setimpal kepada pegawai atas sesuatu perbuatan salah laku. Apa yang lebih penting ialah, supaya ia dijadikan iktibar dan pengajaran kepada penjawat awam lain, agar tidak melakukan kesalahan yang sama.
Hukuman buang kerja dilihat oleh sesetengah pihak sebagai satu bentuk penganiayaan dan sesuatu yang zalim sedangkan salah laku pegawai amat serius serta memberikan kesan besar kepada keutuhan dan kewibawaan organisasi secara keseluruhan. Malah ada juga kes yang melibatkan kecuaian sehingga mengakibatkan kerugian yang besar dari segi wang ringgit kepada Kerajaan, tetapi tidak ada sebarang tindakan punitif dikenakan kepada pegawai yang terbabit.
Saya berharap dalam mempertimbangkan kepentingan pegawai, Lembaga juga perlu memberi pertimbangan kepada imej perkhidmatan, nama baik lain-lain pegawai dan lebih penting, kepentingan negara kita.
Keduanya, hukuman tatatertib perlu dijatuhkan walaupun dalam keadaan yang agak sukar. Janganlah pula oleh kerana seseorang Ketua Jabatan ingin sentiasa menjadi popular di kalangan pegawai bawahannya, tindakan tatatertib langsung tidak diambil.
Tinjauan Pengajaran Dan Pembelajaran Antarabangsa (TALIS) ditadbir oleh OECD dan merupakan tinjauan guru terbesar. Set ini mempunyai 24 negara. Data bermula di halaman 23.
19.5% pengetua Malaysia melaporkan ketidakhadiran guru sememangnya menjejaskan proses pengajaran di sekolah mereka
Sehingga kini seramai 267 guru di Sabah didapati melanggar tatatertib ketika bertugas dan daripada jumlah itu 117 orang telah diberi surat tunjuk sebab.
Beliau berkata Jabatan Pelajaran Sabah kini mengambil langkah tegas dalam menangani masalah tersebut selaras dengan usaha kerajaan yang mahu memastikan profesion perguruan terus dipandang tinggi oleh masyarakat.
“Jadi mulai sekarang Jabatan Pelajaran negeri akan lebih serius dalam menangani kes-kes disiplin (di kalangan guru-guru dan kakitangan) di semua sekolah di negeri ini.” — Dr. Muhiddin Yussin
“Jika terbukti benar mereka akan dikenakan tindakan sewajarnya tanpa mengira siapa mereka.” — Dr. Muhiddin Yussin
"Jika ketidakhadiran mereka memerlukan tindakan disiplin kita akan melakukannya berdasarkan perintah Am Perkhidmatan Awam sedia ada.” — Dr. Muhiddin Yussin.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada para guru yang ponteng mengajar semata-mata ingin balik kampung masing-masing lebih awal sebelum hujung minggu.
“Ini tidak patut dilakukan kerana bercanggah dengan peraturan kerja,” katanya dalam sidang media.
Masalah seumpama itu menurut beliau merupakan yang pertama beliau dengar apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan menyebut ketika berucap terdahulu.
Masalah itu menurut beliau akan menjejaskan proses pembelajaran murid dan pelajar sekolah.
“Kadang-kadang ada yang mengajar cuma tiga dan empat hari seminggu kerana hendak balik,” katanya.
“Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.”