1
 
Sept
 
2020
 · 
Kempen

Soalan Lazim

Ketahui mengapa kami memulakan, apa yang kami perjuangkan, dan ke mana kami pergi

Ringkasan Satu Ayat

Kempen Tiada.Guru berjuang untuk sebuah kes litigasi besar untuk gerakan keadilan terbesar: sudah tiba masanya Malaysia bangkit untuk pendidikan bersih.

Ceritakan lebih banyak tentang kempen Tiada.Guru.

30 tahun. Selama 30 tahun, rakyat Malaysia masih memperkatakan tentang ketidakhadiran guru yang melampau dan penyalahgunaan kuasa untuk menyembunyikan ketidakhadiran guru ekstrem oleh pegawai Kementerian Pendidikan, namun pada tahun 2020 masih belum ada keadilan. Bagi mereka yang tidak mempunyai kekuatan hubungan politik, penyalahgunaan kuasa semestinya sudah dijangka. Pengecut hanya mencanang, "Tunggu untuk akhiratlah untuk keadilan." Sesiapapun mempunyai perhitungan politik mengakui ketidakadilan sememangnya wujud, tetapi tidak cukup berani menuntut keadilan.

Buat pertama kalinya, cahaya keadilan yang terang menanti di hujung terowong: tidak ada perjanjian pintu belakang, tidak ada penyelesaian luar mahkamah tanpa perbicaraan, tidak ada kompromi.

Tiada.Guru adalah kempen keadilan peringkat akar umbi untuk kes litigasi kepentingan awam yang difailkan oleh Siti Nafirah binti Siman, seorang pelajar B40 Sabah, terhadap tujuh defendan: seorang guru Bahasa Inggeris yang dikatakan tidak hadir tujuh bulan, pengetua sekolahnya "Pengetua Cemerlang", Pejabat Pendidikan Daearah Kota Belud, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Tiada pusingan U untuk Plaintif Siti Nafirah binti Siman. Apatah lagi bagi kempen Tiada.Guru. Harapan kami selepas anda membaca halaman-halaman ini, anda akan menyertai kami dalam perjuangan sekali dalam seumur hidup ini.

Kempen kami mempunyai tiga matlamat utama:

  • memastikan keadilan yang saksama di Mahkamah Tinggi, melalui sokongan akar umbi yang berterusan dalam konteks pembinaan konteks sejarah
  • memastikan semua dakwaan perlakuan jenayah dalam kes Siti Nafirah disiasat dan, jika dijumpai, diadili sepenuhnya (tidak ada bias biarpun pegawai kanan awam)
  • memastikan suara pelajar & bekas pelajar yang menjadi mangsa, guru whistleblower, dan gabungan akar umbi mengalahkan propaganda ahli politik dan pihak penguatkuasa yang sombong (termasuk Kementerian Pendidikan).

Dan kemudian kita akan menyalakan lampu keadilan di mana-mana. Kami akan melihat anda di setiap kampung, di setiap daerah, dan di setiap negeri untuk menuntut keadilan bagi setiap kanak-kanak.

Siapa yang anda perjuangkan?

Kami memperjuangkan hero dan bakal hero untuk Malaysia baru yang adil, bersih, dan berani.

  • kanak-kanak Sabah, Sarawak, orang asli, dan Semenanjung dan saudara mereka di seluruh Malaysia bahawa ketika mereka menuntut hak untuk pendidikan berkualiti, mereka sebaliknya dilayan tanpa perikemanusiaan, diabaikan, dan didera
  • guru 'whistleblower' yang mengetahui bahawa mereka adalah satu-satunya harapan bagi mereka yang tidak berdaya, tidak bersalah, dan lemah—walaupun mereka diabaikan, diintimidasi, dan dibungkam
  • ibu bapa yang takut, marah, dan bersemangat yang mengorbankan dekad hidup mereka sehingga anak-anak mereka mungkin terdidik dan membesar di dunia yang lebih baik, lebih selamat, dan lebih cerah. Dan ketika guru tidak jujur meninggalkan tugas mereka, ibubapa menyaksikan sebuah impian hancur berkecai akibat pendidikan yang musnah
  • aktivis akar umbi yang gigih, tegas, dan berani yang tahu kebenaran dan tidak pernah berhenti bersuara kerana mereka menjerit kepada mereka yang tidak mampu bersuara
  • rakyat biasa yang jiwanya sering bergolak dalam ketakutan setiap kali mereka membaca tajuk utama tentang kanak-kanak yang dianiaya & hanya melibatkan siasatan dalaman daripada Kementerian Pendidikan. Berapa banyak kes lain tidak pernah mendapat liputan utama, mereka tertanya-tanya
  • rakyat Malaysia yang lalai yang tahu keadilan tidak pernah kekal, tetapi dipaksa. Harapan tidak dijumpai, tetapi dicipta. Kejahatan tidak berani, tetapihanya terlindung. Ketidakadilan bukan hanya kata-kata, tetapikehidupan yang dijalani.

Siapa anda dan mengapa memulakan kempen ini?

"Sekiranya seseorang ingin mengetahui bagaimana keadilan diberikan di sebuah negara, usah bertanya kepada polis, peguam, hakim, atau golongan  yang dilindungi. Pergilah bertanya kepada mereka yang tidak dilindungi—iaitu yang memerlukan perlindungan undang-undang paling utama!—dengarkan kesaksian mereka."

— James Baldwin

Kerana kami telah faham apa berlaku dalam sistem ini dan kami tahu kebenaran dalam sistem ini. Oleh itu, kami telah menyiapkan kempen ini sebagai keadilan-pertama dan pendedahan-pertama, maka, kami tidak menoleh ke belakang lagi.

  • Tiada.Guru adalah terdiri daripada mangsa, whistleblower, dan aktivis yang cekal. Tidak ada nama atau gelaran pangkat di sini: tidak ada parti politik, tidak ada reformer palsu, tidak ada rasis.
  • Tiada.Guru tidak berkompromi dengan reform kecil atau kompromi atau cakap kosong. Kami akan terus menekan pihak berkuasa—dan kami akan terus melakukannya sehingga berhasil. Dan kami tidak akan berhenti. Tuntutan ini adalah bukti keazaman yang kuat.
  • Tiada.Guru bersedia untuk bertahan sehingga jalan keadilan sistemik disediakan untuk semua kanak-kanak di Malaysia: semakin cepat keadilan sistemik tiba, semakin baik. Jalan pintas yang teruk, dan kompromi kepada yang lain datang dari bahasa golongan kaya yang rakus: kami tidak akan berundur daripada ketidakadilan.
  • Tiada.Guru menolak penyokong status quo ataupun pembela mereka: rakyat adalah pewaris sah kerajaan ini. Bukan kanak-kanak yang sepatutnya memperjuangkan keadilan: sebab itu, kami akan berusaha dengan tegas hanya pada jalan keadilan untuk semua kanak-kanak.

Baca lagi tentang permulaan kami di Cerita Kami.

Apa yang boleh saya bantu?

1. Gunakan laman web ini untuk membina asas yang kuat.

Pada awalnya, kami perlu belajar banyak. Sistem ini, walaupun 'awam', sering tersembunyi.

2. Beri Sokongan Tanpa Nama

  • Tuliskan mesej di Dinding Harapan
  • Berikan 'tepukan' kepada mesej yang anda gemari di Dinding Harapan

3. Beri Sokongan Awam

Secara Pasif

Ikut kami di sosial media: Facebook, Instagram, Twitter, dan TikTok

Secara Aktif

  • Kongsi post sosial kami → FB/IG/Twitter + WhatsApp/Telegram
  • Share video kami → FB/IG/Twitter + WhatsApp/Telegram
  • Kongsi laman web ini → FB/IG/Twitter + WhatsApp/Telegram
  • Tuliskan mesej awam untuk Dinding Harapan → FB/TG/Twitter

4. Dalam Kehidupan

  • Sebarkan kepada rakan anda terutama kepada guru yang jujur & anak-anak yang menjadi mangsa: Katakan "Kami menyokong anda." Tiada sesiapa yang perlu takut untuk mempertahankan hak untuk pendidikan berkualiti—kecuali golongan yang cukup korup untuk mendapat keuntungan dari penolakannya.
  • Tulislah kepada media Malaysia & minta  mereka menangani kes-kes ini dengan sangat lebih penting: gambarkan konteks sosioekonomi, kontekstualkan kes ini bersama dengan ratusan laporan lain, dan tuntut akauntabiliti yang gagal.

Tiada.Guru

“Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.”

Ranau, Sabah | Pat Whelen ⤤ di Unsplash ⤤