11
 
Dis
 
2020
 · 
Kempen

Pelancaran Kempen Tiada.Guru: Malaysia Bangkit untuk Pendidikan Bersih

Tiada.Guru Memperkenalkan Kempen Keadilan bagi Perayu (Plaintif) Berusia 21 Tahun Yang Telah 3x Memenangi Kes Terhadap Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Tinggi

KOTA KINABALU, Malaysia | 11 Disember 2020 — Tidak lagi berdiam diri. Tidak lagi takut. Sudah tiba masanya orang yang korup dan berkuasa untuk melonggarkan cengkaman kuasa terhadap kanak-kanak dan pelajar Sabah dan Malaysia.

Salah satu kes ⤤ pendidikan, kes salah laku penjawat awam, dan kes hak asasi kemanusiaan terbesar di Malaysia bakal berlangsung di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Kempen ini dilahirkan daripada tuduhan seorang wanita Sabah berusia 21 tahun bagi tuntutan litigasi kepentingan awam ⤤ di Mahkamah Tinggi. Tiada.Guru adalah kempen harapan dan mercu keadilan bagi penduduk luar bandar Sabah dan seluruh rakyat Malaysia.

Malaysia Bangkit untuk Pendidikan Bersih

Dakwaan Mahkamah Tinggi: Guru Bahasa Inggeris Kota Belud yang Tidak Hadir Selama 7 bulan dan Jabatan & Kementerian yang Melindunginya

Pada akhir 2018 ⤤, Siti Nafirah binti Siman yang berusia 18 tahun dari Kota Belud, Sabah menyaman lapan Defendan di Mahkamah Tinggi bagi kes kepentingan awam. Samannya didakwa mempunyai rantaian rumit melibatkan salah guna kuasa di Kementerian Pendidikan termasuk pemalsuan dokumen bermula daripada gurunya sehingga kepada Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa tuduhan Siti Nafirah cukup kuat untuk perbicaraan penuh yang akan disaksikan oleh dunia (tarikh akan ditetapkan selepas PKPP). Setelah mencapai kemenangan ⤤ atas 1) Permohonan Pembatalan Kerajaan Persekutuan, 2) Permohonan Interlokutori Plaintif bagi Penzahiran, dan 3) Permohonan Interlokutori Plaintif bagi Butir Lanjut dan Jelas, akhirnya salah seorang Plaintif paling muda di Malaysia ini akan menantikan perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang pastinya penuh kejutan.

Kempen Tiada.Guru tidak dikendalikan oleh Siti Nafirah atau sesiapa daripada pasukan peguamnya. Kempen kami bertindak sebagai mikrofon bagi semua mangsa yang didiamkan oleh Kementerian: kami mendapat inspirasi daripada keberanian Siti Nafirah, dan terus kagum dengan keberanian rakyat Malaysia lain yang berani menentang “goliath” dalam kalangan pegawai tinggi Kementerian Pendidikan.

Bukan sahaja tuduhan Siti Nafirah terhadap guru ponteng berpanjangan, salah guna kuasa di pejabat awam, dan pelanggaran Perlembagaan akan diadili di Mahkamah Tinggi, tetapi juga reformasi yang tidak dipenuhi selama beberapa dekad oleh Kerajaan Persekutuan turut akan dicabar. Kepada Kementerian Pendidikan, masa anda telah tamat. Tiada.Guru akan mengumpulkan kertas peperiksaan anda dan dunia akan menyaksikan keputusannya.

Mahkamah tetap hati nurani masyarakat untuk memastikan hak dan kepentingan minoriti dan yang lemah dijaga.
The court remains the conscience of society so as to ensure that the rights and interests of the minority and the weak are safeguarded.

— Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara ke-9 (sumber ⤤)

Tentang Kempen

Tiada.Guru adalah kempen akar umbi terdiri daripada mangsa sebenar, whistle-blower dan kumpulan aktivis. Pasukan teras kami terdiri daripada guru, ibu bapa, dan murid yang berjuang tanpa gentar. Kami adalah kumpulan akar umbi yang tahu perkara sebenar.

Disebabkan lemahnya perlindungan diberikan kepada mangsa kes-kes rasuah berprofil tinggi oleh Kerajaan Malaysia, kempen kami diwakili oleh panel Tiada.Guru terdiri daripada:

  • Fiqah Roslan memulakan karier dalam bidang kewartawanan pada tahun 2015. Pengalamannya sebagai wartawan menjadi pemicu minatnya untuk menyelami advokasi dan aktivisme melalui penulisan. Bersama dengan rakan wartawan, Fiqah adalah penulis dan penyumbang dalam Borneo Speaks, sebuah platform yang diasaskan oleh wartawan Saba sebagai bentuk media alternatif untuk menceritakan kisah orang Borneo. Fiqah juga merupakan Jurutera Penyelidikan dan Kandungan untuk sebuah Organisasi Bukan Kerajaan iaitu Undi Sabah.
  • Sharmila Sekaran adalah peguam litigasi kanan, peguam bela kanak-kanak, dan pengasas & Penasihat bersama “Voice of the Children”. Sebagai seorang peguam, Sharmila merupakan salah seorang aktivis kanak-kanak paling berdedikasi di Malaysia. Terbaharu, Sharmila ditemuramah oleh Astro Awani bagi kupasan isu tentang guru ponteng selain muncul di Malaysiakini, Malay Mail, Free Malaysia Today, Sky News, Washington Post, dan banyak lagi. Sharmila bertindak sebagai Pengarah Tiada.Guru di Semenanjung Malaysia.

Kedua-duanya boleh ditemu bual. Tertakluk kepada permintaan dan kesediaan.

Fokus Kempen

Kempen Tiada.Guru mempunyai tiga fokus yang mengutamakan keadilan dan pendedahan salah laku:

  1. Memastikan keadilan yang bebas, telus, dan pantas dalam tuntutan sivil Mahkamah Tinggi melalui sokongan berterusan akar umbi yang dibina dengan pemahaman sebenar tentang konteks ini: 1) Negeri Sabah, 2) proses litigasi kes Siti Nafirah, 3) Kementerian Pendidikan Malaysia, dan 4) institusi yang sepatutnya menyiasat KPM.
  2. Memastikan semua tuduhan jenayah yang dilakukan oleh pegawai KPM dalam kes Siti Nafirah disiasat dan jika didapati bersalah, mesti diadili sepenuhnya—tidak ada “double-standard” kepada penjawat awam berjawatan tinggi.
  3. Memastikan suara mangsa-mangsa yang terdiri daripada pelajar, “whistleblower”, dan akar umbi mengatasi propaganda ahli politik dan semua agensi penguatkuasaan di bawah bidang Eksekutif.

Prinsip Kempen

  1. Tiada.Guru tidak berjuang atas tiket parti politik, agama, atau bangsa. Mangsa kanak-kanak tidak mengenal pembahagian ini, melainkan sama ada anda akan melindungi mereka atau anda mempunyai sesuatu yang “lebih penting” untuk dilindungi / anda melindungi kepentingan sendiri.
  2. Tiada.Guru tidak berminat dengan reformasi palsu, ahli politik yang keliru, atau pengulas “status quo” yang tidak serius. Kita bertindak seolah-olah kita di situasi kanak-kanak tersebut: apa yang kita harapkan dari orang dewasa? Sudah jelas harapan tidak dijumpai, tetapi dicipta. Jelas bahawa kejahatan tidak berani, tetapi hanya terlindung. Jelas bahawa ketidakadilan bukan hanya kata-kata, tetapi kehidupan yang dijalani.
  3. Tiada.Guru tidak berkompromi dengan pembaharuan kecil atau diskusi murahan: jangan sesekali keliru di antara pergerakan dan tindakan. Kedua-duanya tidak sama. Ia seperti mangsa kanak-kanak memberitahu kami tentang ketakutan mereka: “Anda tidak boleh berdebat dengan harimau ketika kepala anda berada di mulutnya.” Kami akan memberi tekanan kepada mereka yang berkuasa sehingga berhasil—tuntutan ini adalah demonstrasi bagi impian dan harapan kami dan kami akan terus menuntutnya sehingga berjaya.
  4. Tiada.Guru akan berjuang sehingga jalan keadilan sistemik disediakan untuk semua kanak-kanak. Hanya bahasa orang kaya yang sentiasa menyediakan jalan pintas untuk mereka melepaskan diri dan terus berkuasa manakala rakyat biasa terus berkompromi untuk keadilan kanak-kanak. Kita tidak akan berhasil apa-apa dengan hanya tunduk kepada golongan elit yang gembira menentukan nasib mereka dengan menutup jalan keadilan untuk kanak-kanak.
  5. Tiada.Guru berjuang untuk kanak-kanak Sabah, Sarawak, orang asli, dan Semenanjung—inilah perjuangan buat mereka yang dizalimi, diabaikan, dan didera hanya kerana ingin mendapatkan hak pendidikan berkualiti. Oleh itu, Kami berjuang untuk guru “whistleblower” yang berani dan pegawai Kementerian yang menyedari masa depan daripada keadilan yang ditegakkan. Kami berjuang untuk ibu bapa yang kecewa kerana dedikasi mereka bertahun-tahun untuk satu-satunya impian hidup mereka iaitu masa depan cerah buat anak-anak mereka menjadi sia-sia. Kami berjuang untuk rakyat Malaysia yang ingin mengetahui kehidupan kanak-kanak yang kisahnya menjadi tajuk utama—dan lebih banyak kanak-kanak yang kisah mereka tidak pernah didengar. Kami berjuang untuk para aktivis yang sememangnya mengetahui kejahatan tidak berani, tetapi hanya terlindung.

Tuntutan Kempen (versi dipendekkan)

Tuntutan penuh akan dikemukakan dalam surat terbuka akan datang. Tidak akan ada kata-kata manis.

Kami di Tiada.Guru menyedari cengkaman kuasa anda ternyata suatu kenikmatan di pihak anda. Oleh itu, permintaan kami hanya jika cengkaman ini dapat dilonggarkan. Dengan izin Tuhan, tuntutan ini mengingatkan kami semua bahawa kami juga manusia.
Kami, rakyat Malaysia yang dibelenggu, dengan ini bersama-bersama para barisan hadapan kami akan segera mengemukakan “permohonan” kami kepada Kerajaan Persekutuan, semua Anggota Parlimen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pendidikan, dan Ahli Undangan Negeri Sabah untuk melonggarkan cengkaman kuasa terhadap kami.

Mengapa Kempen Tiada.Guru Bermula: Menjadi Cahaya Harapan yang Cerah

  1. Ketidakseimbangan Kekuasaan: Keadilan tidak kekal atau percuma, tetapi diperjuangkan. Harapan dijumpai, tetapi dicipta. Kejahatan tidak melambangkan keberanian, tetapi semata-mata terlindung. Lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤, salah laku oleh pegawai Kementerian ketika ini terhadap kanak-kanak terus dilaporkan. Berapa banyak kes yang tidak pernah dilaporkan ⤤? Berapa ramai mangsa kanak-kanak yang kisah mereka tidak mendapat tajuk utama? Budaya ini masih sangat kuat ⤤ kerana begitu banyak penjawat awam yang korup menyedari bahawa dengan memiliki jalan mudah untuk melepaskan diri, mereka menjadi ⤤ kebal ⤤. Dari satu sisi, berdiri guru yang jujur, ibu bapa, pelajar, dan akar umbi setiap kampung menghidupkan cahaya keadilan. Di sisi lain, sekumpulan penjawat awam korup ⤤ dan ahli politik yang lemah tetapi kuat kerana rasuah, berdoa agar cahaya ini terus mati. Akar umbi telah memilih solidariti: anda berpihak kepada siapa?
  2. Peluang “Satu dalam Seratus Generasi”: Tidak pernah sebelum ini puluhan pegawai Kementerian Pendidikan disaman di Mahkamah Tinggi atas tuduhan salah guna kuasa dalam jawatan awam, dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan kerugian. Tidak pernah sebelum ini seorang anak berusia 15 tahun dengan sabar menunggu jalan keadilan ketika dia berusia 18 tahun untuk memfailkan tuntutan mahkamah bagi kepentingan awam untuk semua pelajar. Rakyat Sabah boleh berbangga kerana adanya anak Sabah yang bakal menulis semula sejarah tentang reformasi dalam pendidikan dan ketidakadilan yang berlaku.
  3. Sejarah: Selama 30 tahun ⤤, rakyat Malaysia membicarakan guru ponteng berpanjangan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai Kementerian Pendidikan tanpa keadilan. Isu tersebut telah dilaporkan ⤤ di media, telah diakui ⤤ oleh Kementerian Pendidikan, dan dikecam oleh ahli politik oportunis. Apa yang jelas sekarang, 30 tahun kemudian: menjerit barah tidak menjadikan anda doktor. Bagi mana-mana keluarga yang tidak mempunyai hubungan politik, pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak mereka adalah pengorbanan yang sia-sia untuk orang kaya berkuasa. Rakyat Sabah ⤤ mengetahui “rahsia terbuka” ini lebih baik daripada kebanyakan orang ⤤.
  4. Pusat Akar Umbi: Kota Belud, Sabah adalah antara daerah yang mempunyai dua Menteri Persekutuan ⤤. Malangnya, Kota Belud adalah salah satu daerah termiskin di Malaysia ⤤ kerana rakyatnya terus terjejas akibat rasuah dan kegagalan kerajaan: pendapatan isi rumahnya yang rata-rata berada di kedudukan ke-134 daripada 158; kadar Kemiskinan Mutlaknya adalah 34%, 3x lebih tinggi daripada purata di luar bandar Malaysia; tiga dari sepuluh rumah tidak mempunyai air paip, hampir 7x rata-rata Malaysia; dan kadar ketidaksamaan adalah salah satu yang terburuk di Malaysia: 152 dari 158. Kami adalah kamu dan kamu adalah kami.
  5. Ketelusan: Buat pertama kalinya, litigasi ini dapat menyinari cahaya keadilan yang terang di hujung terowong: tidak ada perjanjian pintu belakang, tidak ada penyelesaian di luar mahkamah, dan tidak ada kompromi. Pelancaran Tiada.Guru menandakan permulaan baru bagi mengakhiri ⤤ budaya ⤤ takut ⤤ bersuara dan keganasan terhadap mangsa kanak-kanak oleh Kementerian Pendidikan. Tiada.Guru menuntut keadilan untuk semua melalui pendekatan yang paling adil, umum, dan kuat: perbicaraan litigasi kepentingan awam di Mahkamah Tinggi.
  6. Genggam bara api biar sampai jadi arang: Ini adalah litigasi kepentingan awam: bukan kami, tetapi kita. Penyelesaian yang dituntut oleh Plaintif Siti Nafirah di Mahkamah Tinggi adalah perisytiharan terhadap Kementerian Pendidikan ⤤ untuk menetapkan duluan kehakiman. Jika dibuktikan benar, Kementerian akan menghadapi siri dakwaan salah laku amat serius yang memerlukan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menjalankan siasatan selain liputan antarabangsa. Ini kali lah dengan Siti Nafirah ⤤: “Budaya takut bersuara mesti berakhir.”
  7. Pendedahan Hipokrasi: Reformis palsu telah lama membuat perhitungan politik dengan mengakui tentang ketidakadilan yang berlaku, tetapi mereka tidak memiliki 1) kekuatan untuk menuntut keadilan universal atau 2) disiplin untuk menetapkan keadilan universal. Tuntutan Siti Nafirah telah bertahan sehingga kini dengan lima Menteri Pendidikan bersilih ganti dan tiga gabungan kerajaan ⤤ sejak tahun 2015. Tidak ada seorang wakil menteri atau gabungan kerajaan yang berani mengatakan kebenaran meskipun begitu ramai rakyat Malaysia yang menjadi saksi budaya guru ponteng. Proses litigasi Mahkamah Tinggi bermakna Siti Nafirah, dan kemungkinan ribuan mangsa sepertinya, tidak lagi perlu menunggu.
  8. Keberanian Orang Muda Sabah: “Takut adalah apa yang anda rasakan—berani adalah apa yang anda lakukan.” Tidak ada pusingan-U untuk Siti Nafirah binti Siman. Dia baru berusia 15 tahun ⤤ ketika dakwaan tersebut berlaku. Dia merupakan satu-satunya anak perempuan dan anak bongsu; ayah Siti Nafirah meninggal ketika berusia tujuh tahun dan dia dibesarkan oleh ibunya. Berasal dari Kota Belud, Sabah, Siti Nafirah berdiri sebagai salah seorang paling berani di Malaysia: sanggup mengorbankan segala-galanya demi mempejuangkan keadilan bukan sahaja hak dirinya tetapi juga kemungkinan hak beribu-ribu mangsa yang dinafikan melalui rangkaian dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai awam berpangkat tinggi. Kerana dia, kami juga di kempen Tiada.Guru terus mara.
  9. Memberi Suara kepada yang Tidak Bersuara: Akar umbi—dari setiap kaum dan setiap agama—dahagakan kesamarataan dalam kualiti pendidikan dan keadilan terhadap penyalahgunaan kuasa. Namun, disebabkan oleh masalah “status quo”, mereka tidak mendapat perhatian media. Mereka sangat mendahagakan kehidupan yang lebih baik dengan tertegaknya keadilan: kehidupan tanpa cengkaman terhadap anak-anak mereka. Kami telah lama menanti generasi ke generasi sambil menyaksikan ibu bapa & nenek moyang kami meninggal tanpa keadilan. Adakah rakyat Malaysia hanya bersikap tunggu dan lihat menanti ahli politik dan pemerintah mengembalikan kuasa kepada rakyat? “Jika kita tidak berjuang sepenuh hati untuk perkara yang kita benar-benar percaya, pada suatu ketika nanti kita akan menyedari bahawa kita sebenarnya tidak benar-benar memperjuangkannya.” - Paul Wellstone
  10. Mendedahkan Perangai Sebenar Kementerian Pendidikan: Perbicaraan Mahkamah Tinggi ini dari salah satu daerah termiskin & mempunyai tahap ketidaksamaan antara tertinggi di Malaysia ⤤ mendakwa mendedahkan ⤤ “salah guna kuasa di pejabat awam, seorang guru tujuh bulan tidak hadir, dan pegawai Kementerian Pendidikan bersubahat untuk memalsukan dokumen kerajaan dalam rantai yang terbentang dari Kampung Taun Gusi ke Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.” Dalam laporan lain, salah laku pegawai Kementerian Pendidikan ⤤ telah didedahkan termasuk penderaan seksual ⤤, buli ⤤, dan rasuah “serius” ⤤. Pelajar, ibu bapa, dan para guru tahu sememangnya sedar target mudah mereka ialah anak-anak miskin, lemah, dan / atau tidak berhak ⤤. Apabila tiba masanya untuk keadilan, yang berkuasa mendabik dada: “Keadilan untuk semua bukanlah sesuatu yang baik, malah lebih berbahaya secara politik.” Kenapa? Kerana menghilangkan keperimanusiaan ialah tujuan dan salah laku ialah alat bagi mereka yang ingin mematikan cahaya keadilan untuk diri mereka sendiri & rakan subahat mereka. Jadi hari ini kita menetapkan mercu utama dalam perjalanan keadilan ini: cahaya keadilan akan dinyalakan.
The struggle to reverse inequality is a long and onerous one.
Perjuangan untuk membalikkan ketidaksamarataan adalah sesuatu yang berpanjangan dan membebankan.

— Tan Sri Dato’ Seri Utama Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara Ke-10 (sumber ⤤)

Oleh itu, kita sampai pada inti kegagalan reformasi selama puluhan tahun: keadilan tidak kekal atau percuma, tetapi diperjuangkan. Harapan dijumpai, tetapi dicipta. Kejahatan tidak melambangkan keberanian, tetapi semata-mata terlindung. Sudah tiba masanya orang yang korup dan berkuasa untuk cengkaman kuasa terhadap kanak-kanak dan pelajar kita.

Ini untuk menunjukkan kepada anda bahawa trauma itu tidak berakhir dengan kejadian itu. Sistem kita hancur. Masyarakat kita hancur. Kita harus menjadi lebih baik. Kita mesti.
This is to show you that the trauma does not end with the incident. Our systems are broken. Our society is broken. We have to be better. We must.

Rosheen Fatima, pemberi maklumat polis dan mangsa rogol (sumber ⤤)

Kempen Tiada.Guru dialu-alukan kepada semua orang Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia. Perjuangan ini merentasi bangsa, agama, dan parti politik. Setiap kanak-kanak di Malaysia tidak menghiraukan label tersebut, sebaliknya, apa yang lebih penting ialah sama ada kita akan memperjuangkan keadilan atau sebaliknya.

Tiada.Guru

“Budaya takut bersuara ini mesti berakhir.”

Ranau, Sabah | Najua R ⤤ di Unsplash ⤤